0

[Review] :: Little Drifters ~ Kathleen O’shea

bwhsxn-iaaa4bxo

Buku ni dah lama sangat terperap di dalam almari. Lepas mengemas rak, saya pun keluarkan dan mula membaca. What?!? Buku sebagus ni saya biarkan terperuk saja tanpa membaca? Huh. Apa lagi, tolak buku yang lain, fokus membaca buku ni. Fokus saya tu bukanlah sampai tak buat kerja lain. Cuma bila masa terluang saya baca.

Cerita yang sangat menarik. Kisah benar Kathleen(penulis). Kathleen dibesarkan dengan 10 orang adik beradik di dalam rumah yang sangat sederhana. Kehidupan mereka sangat susah namun mereka gembira pada awalnya. Tapi segalanya berubah bila ayahnya mula tekanan dan kaki minum. Ditambah pula kesusahan itu bila ibunya pula meninggalkan mereka sendirian.

Kathleen dan adik beradiknya hidup dalam keadaan yang sangat susah. Ada masa mereka tak makan. Mereka kemudiannya dihantar ke convent. Kehidupan di convent juga teruk. Namun Kathleen terpaksa meneruskan juga sehingga berumur 16 tahun. Dia kemudiannya berhijrah ke England dan memulakan kehidupan baru. Kathleen mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan positif.

Buku ni sesuai dibaca umum. Highly recommended.

0

Hair Vitamin Ellips

Rambut pun kena sihat dan bersinar walaupun kita pakai tudung. Sebelum ni saya tak berapa nak kisah sangat tentang penjagaan rapi rambut. Asalkan rambut disyampu dan dibersihkan dengan baik. Itu sudah mencukupi. Asalkan tak ada kelumumur dan rambut berbuah itu sudah cukup baik bagi saya.

Lepas kerja saya ke Watsons. Tujuan saya untuk beli pencuci muka Simple yang dah habis. Pusing-pusing saya nampak vitamin Ellips untuk rambut. Berhenti sekejap. Ambil dan belek. Baca apa kebaikannya. Macam menarik. Saya ambil tiga paket. Vitamin yang warna kuning. Tujuan utama saya beli untuk bagi vitamin kepada rambut saya. Hehe. Cubalah.

Balik rumah, mandi, syampu rambut macam biasa. Bila rambut dah separuh kering, saya pakai vitamin Ellips ni. Saya sapu pada rambut tapi elakkan kena kulit kepala. Untuk pertama kali, saya guna tiga kapsul vitamin. Kuantiti terpulang pada panjang rambut. Bau wangi juga.

Ikut pada paket belakang Ellips tu, selang 3-4 hari letak lagi. Jadi saya pun ikutlah peraturannya. Selang 4 hari, saya ke salon. Kebetulan cukup masa untuk saya cuci dan trim rambut. Selalunya kalau saya cuci rambut mesti ada complaint yang rambut saya banyak gugur. Saya pun tak tau nak buat macam mana lagi dengan keguguran rambut saya. Tapi kali ni takde complaint. Saya biarkan saja.

Selang 2 hari saya cuci rambut lagi. Selalunya bila saya lap rambut tu mesti ada gugur yang banyak. Tapi kali ni lain. Kurang sangat gugur. Saya biar separuh kering kemudian ambil vitamin Ellips tu dan letak lagi 2 kapsul. Bila saya sikat rambut ternyata rambut saya kurang gugur. Dekat sikat tu tak banyak rambut gugur. Saya memang terkejutlah. Kagum sikit. Hehe.

Sebab tu saya nak share dekat sini. Saya guna vitamin Ellips yang warna kuning sebab saya nak merawat dulu rambut saya. Warna kuning ni diperkaya dengan Moroccan Oil dan diformulasikan dengan Aloe Vera, vitamin A,C,E dan pro vitamin B5. Alhamdulillah baru 2 kali penggunaan nampak ada perubahan.

noniq_ellips_hair_vitamin_pro_keratin_complex_00

* gambar ehsan en google (kredit to noniq.blogspot.com)

0

Pisang Kaki @ Persimmon

img_6931

Buah kegemaran saya. Diperkenalkan oleh adik ipar. Mulanya tak suka. Tapi lama-lama hmm, memang menjadi kegemaran. Pantang nampak, mesti beli. Pisang kaki ni mahal. Tapi takpe. Orang cakap banyak khasiat. Saya pun google la apa khasiat yang ada. Memang banyak.

Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China dan tergolong dalam keluarga Ebenacea. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.
Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung. Kerana pisang kaki nih mengandungi tindakbalas diuretic di dalamnya.

Yang penting kita makan ikut sederhana. Walaupun berkhasiat, terlebih makan juga membawa padah.

0

[Review] :: Esc. ~ Budak Tomato

img_5818

Nampak buku ni dah lama. Daripada tahun lepas lagi. Tapi tak rasa nak beli. Baru-baru ni singgah kedai buku, terus capai. Balik rumah baca, hmm, rasa rugi pulak beli. Bukan apa, isi dalam buku ni hanyalah luahan perasaan penulis melalui blog yang kemudiannya dibukukan. Cara penulisan sempoi. Santai. Memang ala blog.

Isi kandungan saya tak berapa pasti apa yang nak disampaikan. Sebab selalunya kalau buku akan ada hala tuju cerita. Tapi bila blog yang dibukukan, ianya bergantung kepada mood blogger masa menulis. Tak banyak sangat nak komen, overall ok lah.

0

[Review] :: Spiritual Reading ~ Raghib as-Sirjani

img_5813

Hidup lebih bermakna dengan membaca. Buku ni mengisahkan tentang kepentingan membaca. Salah satunya menjadikan membaca sebagai konsep hidup bukannya sebagai hobi. Membaca pula bukanlah bahan bacaan yang merosakkan. Sebaliknya membaca bahan bacaan yang bermanfaat.

Selain daripada itu, buku ni juga membantu kita menumbuhkan minat membaca. Ada 10 cara yang diberi. Saya baca buku ni seolah-olah sedang buat ulangkaji. Buku yang sangat menarik.

Seorang tokoh yahudi menyebut ;
“Kami tidak akan takut kepada umat Islam, kerana mereka bukan umat yang membaca.”

Hari ni review saya straight forward. Hehe. Jujurnya buku ni sangat membuka mata kenapa kita perlu membaca. Jom ubah diri dan majukan diri dengan membaca. 

0

[Review] :: Mesej ~ Anna Lee

13672639_10157364923700438_1294356922_nSekali tiga marathon. Tak boleh nak stop baca penulisan Anna Lee ni. Menarik. Kali ni buku terakhir, iaitu buku yang paling tebal. Haih, bikin jantung gue berdegup kencang seolah-olah berada dalam novel. Tu dia!

Novel ni best! Kalau tak baca rugi. Tebal sebab ada tiga episod. Anna Lee pandai sungguh bermain dengan emosi. Seolah-olah pembaca berada dalam situasi Aria. Heroin dalam novel Mesej ni nama Aria. Saya nak mula review macam mana pun saya tak tau. Hehe. Ok, jap.

Aria dan Jason mengalami timetravel. Sejak Aria berpindah dari kondo menghadap KLCC ke Ria Apartment, Aria mengalami satu perkara yang pelik. Ruma sewanya seolah ada penghuni asing yang dia tak nampak. Dan yang paling menyeramkan dia boleh bercakap dengan ‘hantu’ itu.

Mereka mula bersembang. Makin lama makin seronok. Dan Aria dan Jason rasa mereka dah saling jatuh cinta. Hinggalah pada suatu hari mereka decided nak jumpa. Puas Aria dan Jason tunggu. Namun akhirnya mereka tak jumpa. Bila masing-masing kaji rupanya mereka di tahun yang berbeza dan di tempat yang sangat jauh. Jason di Paris, Aria di Malaysia.

Di tempat keja pulak, bos baru yang jatuh hati pada Aria, Nick. Bersungguh-sungguh mengambil hati Aria. Rupanya ada sesuatu. Peluang yang perlu direbut kembali.

Serius dah lama saya tak menghabiskan berjam-jam untuk satu buku. Buku ni susah nak stop sebab nak tau sangat siapa Nick dan Jason. Hihi. Akhirnya dah tau. Baru boleh tidur lena. Tak sangka masih ada penulis yang hebat macam ni lagi sebab sekarang kan lambakan novel yang berkisar kayangan saja di pasaran. Mulai sekarang, Anna Lee termasuk dalam novellist favourite saya. Phew!

0

[Review] :: Hello, it’s me ~ Anna Lee

13823607_10157364923060438_1027343782_n

Novel Hello it’s me ni menarik juga. Mengisahkan Tiya seorang penulis mengalami agoraphobia. Panik bila berada di khalayak ramai. Akibat daripada kejadian pengeboman berani mati yang berlaku di Jawa Tengah. Masa tu Tiya dan keluarga tengah shopping. Akibat peristiwa itu, Tiya langsung mengalami agoraphobia.

Macam mana penulis nak kembangkan minda dan menulis kalau asyik berkurung di rumah. Puas kawan-kawan dan keluarga menasihatinya namun dia masih belum mampu untuk mengatasinya sehinggalah kejadian di satu cafe mengubah segalanya. Handphone Tiya tertukar dengan seorang lelaki di sebuah cafe. Malangnya lelaki itu tinggal di Holland. Nak tak nak, Tiya terpaksa juga melawan rasa fobianya untuk kembali mendapatkan telefonnya yang berada jauh di negara orang.

Dalam masa yang sama Tiya jatuh hati dengan Duta, pemilik telefon yang tertukar dengannya. Ada beberapa kejadian berlaku di sana menyebabkan mereka terpisah.

Tapi novel kan, akhirnya bersatu juga. Sedikit sebanyak cerita pasal novel ni. Hmm, jalan cerita menarik. Tak berapa cliche. Permulaan yang menyeronokkan dan membuatkan kita nak tahu apa jalan cerita seterusnya. Walaupun banyak berkisar tentang diri penulis pada permulaan cerita.