Mimpi

Jenis mimpi mengikut sabda Rasulullah saw ;

 

1. Mimpi orang yang tidak pernah berbohong. Semua mimpi yang dialami oleh orang yang tidak pernah berbohong walaupun sekali adalah benar. Allah menyampaikan sesuatu ke dalam mimpinya dan itu adalah benar.

 

2. Mimpi solat istikharah. Juga merupakan petunjuk dari Allah dan itu juga adalah sangat benar. Kalau kita ada masalah dan menghadapi jalan yang buntu, kita minta petunjuk dari Allah melalui solat sunat istikharah. Jika betul solatnya, caranya Allah akan menjawab dan memberi petunjuk melalui mimpi. Kita harus mengikut apa yang diberikan oleh Allah. Kalau kita tak ikut, kita akan mendapat kesusahan di kemudian hari.

 

3. Mimpi buruk. Bila kita sedar, kita telah bermimpi buruk, kita hendaklah tidak bergerak dari tempat asal, dan meludah sebanyak 3 kali. Kemudian baca a’uzubillah sebanyak 3 kali. Barulah beralih tempat dan kembali tidur seperti biasa. Sekiranya terlupa, bila bangun pagi sebelum solat subuh, hendaklah melakukan solat sunat dan memohon supaya Allah jauhkan dari semua mimpi buruk yang dialami.

 

Sekiranya kita bermimpi, baik buruk atau pun baik, pelik mahupun tidak, pertama sekali hendaklah kita bercerita pada orang yang alim atau pun orang yang kita suka ( contoh suami, ibu, ayah, adik beradik ataupun kawan baik ). Sebelum bercerita hendaklah cakap pada orang itu supaya tidak mentafsir mimpi kita. Kerana apa saja tafsiran yang kita dapat selepas kita bermimpi, pastinya akan menjadi kenyataan.

 

Contoh cerita di zaman Rasulullah saw ;

Ada seorang lelaki telah bermimpi. Mimpinya sebelah kaki kirinya berada di hujung dunia kiri, dan sebelah kanannya berada di hujung dunia kanan. Bila dia bangun, dia rasa pelik. Sebelum dia berjumpa dengan Rasulullah saw, dia berjumpa dahulu dengan kawannya. Diceritakan pada kawannya tentang mimpi yang dialami. Kemudian, kawan dia mentafsirkan mimpinya. Katanya sambil bergurau, ooo jadi kau macam terkangkang la ye, mesti koyak.. Lelaki ni tak puas hati, dia berjumpa dengan Rasulullah pulak. Dia ceritakan pada Rasulullah saw. Sebelum Rasulullah saw menjawab baginda bertanyakan apa tafsiran kawannya. Kata lelaki itu kawannya telah mengatakan padanya sambil bergurau yang sudah koyak kerana terkangkang jauh hujung dunia.

Rasulullah saw diam. Kemudian baginda menjawab kalau itu tafsirannya maka akan koyaklah. Kerana yang sebenarnya, Allah ingin menjadikan kamu seorang menteri. Itu adalah tafsirannya yang sebenarnya. Tapi kawan lelaki itu telah terlebih dahulu mengatakan tafsirannya akan koyak.

 

Oleh itu, kalau kita bermimpi, lebih baik kita bercerita pada orang alim yang lebih mengetahui. Kerana sekiranya mimpi kita itu membawa keburukan, orang alim pasti akan memberi tahu yang indah2 kerana sekiranya dia tafsir yang buruk maka buruklah jadinya. Kerana apa yang kita kata itu pasti akan menjadi kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s