Saman

Orang sibuk-sibuk dengan saman. Aku pun tak terkecuali walaupun sedia maklum ada saman speed trap tahun 2007. Malas nak bayar. Tapi bila fikir2 balik kena juga bayar saman. Kalau tak bayar akan di black list kan nama. Nak renew roadtax dan insurans tak lepas. Huh. Memang saja tau nak suruh aku keluarkan duit free2 aje dekat pak polisi.

Semalam hari akhir bayar. Tengah best2 menikmati mee rebus dan ais kacang ;

En hadi : Saman dilanjutkan sampai 10hb.

Aku : Oh, ok. Nak bayar ke tak? ( soalan apakah?? sedangkan memang dah jadi hukum wajib pun untuk bayar untuk elak blacklisted nama )

En hadi : Kena bayar lah. Kalau tak bayar nanti kena blacklist nama then tak leh nak renew roadtax insurance.

Aku : Oh, banyak tu nak kena bayar. Rm300. ( masih mencuba mengelat dan memancing supaya en hadi yang kena bayar )

En hadi : Uh, kalau bayar sekarang kan kena 50% discount. Esok pergi bayar!!

Aku : Nak bayar macam mana? Surat apa pun tak sampai kat rumah. ( mengelat lagi tu )

En hadi : Kejap saya call kawan saya kerja polis trafik tu. Suruh dia print nama.

******************

En hadi : Ok, esok dia print nama, kena bayar. Nanti awak bagi duit. Saya bayar.

Aku : Oh, mcm tu ke? Awak bayarkan ajelah.

En hadi : Aik, mana boleh. Bukan saya yang kena saman. Saya tolong pergi bayarkan aje. Esok bak mai duit. RM150!

Huwaaaa… Misi gagal. Tak leh kompromi. Kena juga bayar. Demi mengelakkan blacklist dan juga bebelan seterusnya dari en hadi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s