Ummie tomyam

Semalam balik kerja, en hadi terus ajak ke pejabat dia. Ada urusan diorang panggil. Aku sempat mandi je. Masak tak sempat. Jadi, habuannya makan di luar le.🙂 Gantung kuali lagi.

Setel kerja di pejabat, kami pun mulalah jalan2 cari makan. Sejak kedai Ara tomyam berdekatan dengan kepala keretapi tu tutup, kami dah tak tahu nak makan di mana. Sebab kedai tu masakannya sangat sedap. Al maklum lah orang thai masak. Memang le khaw2. Lagi pulak en hadi kenal rapat. Apa lagi, selalu lah diskaun…

Pusing2 akhirnya kami singgah di kedai tomyam Ummie berdekatan dengan sekolah hua lian 1 kot di area kg jambu. Pernah sekali aje kami singgah makan dulu dengan isma dan azan (driver ketua bahagian). Lepas tu dah lama tak makan situ.

Macam biasa order, sup sayur, ayam dan daging masak merah, telur dadar. 10-15 minit tunggu sampailah menu yang di order. Mula makan. Aku boleh tahan separuh nasi aje. En hadi habiskan nasi. Mungkin sebab lapar. Aku dah tak mampu nak habiskan sebab sangat lah nak termuntah dengan masakannya. Ye, aku tahu itu rezeki.

Daging tebal dan liat. Ayam dibaginya tulang. Yang isi cuma beberapa ketul kecil aje. Sup sayur hitam pekat. Sayurnya cuma beberapa helai aje. Boleh dikira. Dah tu, aji yang lebih. Telur dadar pulak macam rasa nasi basi. Bayangkan. Macam mana mau dihabiskan??? Kalau dulu, aku jenis panggil tuan kedai dan report. Sekarang ni aku punya stail kalau tak sedap, aku tulis nota kecil dan tinggalkan di meja. Biar tokey kedai tahu masakannya tak sedap. Patut lah tak ramai orang. Aku malas tunggu lama. Habiskan air teh gelas, lepas tu panggil tukang kira, bayar dan blah. Harga semua rm16. Makan tak seberapa.

Masuk kereta, rungut pada en hadi ;

Aku : Ini last kita makan kedai ni. Lepas ni tak nak datang lagi. Tak sedap langsung.

En hadi : Yelah. Telur tu macam digoreng menggunakan minyak yang lepas goreng ayam atau daging.

Aku : Nak habiskan nasi pun tak mampu. Padan lah awak tak makan telur.

En hadi : Tak sedap.

Hmm, satu kepujian dekat en hadi ialah dia bila makanan tak sedap dia tak akan komen depan2 reseki. Perkara yang dia buat ialah, dia akan habiskan nasi dulu. Bila dah selesai makan, baru dia komen. Kalau dia tak suka, dia tak makan. Kalau makan pun sedikit sangat. Itu yang patut aku belajar. Dan alhamdulillah semalam, aku dah berjaya untuk tidak mengkomen depan rezeki.

Sebab tu lah aku jarang makan di luar. Biar tak sedap aku masak di rumah, tapi aku tetap akan makan di rumah. Sekurangnya aku puas hati. Dan boleh improve kan apa yang tak kena.  Kalau makan di luar pun kalau satu kedai aku puas hati, memang kedai tu  ajelah yang akan menjadi tempat persinggahan aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s