Demam

En hadi balik rumah dengan keadaan yang sangat lemah. Hmm, demam le tu. Kelmarin, aku yang sakit urat, sakit badan. Hari ni dia yang demam. Hmm, nak buat macam mana. Dah Allah bagi ujian sakit demam, kena redha untuk terima. Sebab demam adalah salah satu cara Allah menghapuskan dosa2 kecil kita. Selagi kita tak merungut dan meredhai apa yang diberikan. Insya Allah.

Aku pun keluarkan ayam. Nak buat sup ayam. Bagi hilang panas badan.

** gambar ehsan en gugel

Credits to Kak Mie untuk resepi yang melatoppppsss …

Bahan ;
Ayam (mengikut kesukaan) dibersihkan macam biasa.
Daun sup
Lobak merah
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Ubi kentang
Garam
Minyak


Bahan tumbuk/blend ;
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Biji rempah
Jintan manis
Jintan putih
Serbuk lada sulah

* semua bahan mengikut agak2 kuantiti yang dimasukkan

Cara :
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan yang tumbuk / blend.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Kacau rata. Masukkan sedikit air supaya tidak hangit.
5. Masukkan ayam yang telah dibersihkan. Biar seketika sampai ayam empuk. Kalau air kurang, masukkan air.
6. Kemudian, masukkan ubi kentang, lobak merah. Biar sampai empuk juga.
7. Agak dah mendidih dan nampak mcm dah empuk semua, masukkan garam dan daun sup.
8. Biar sekejap kemudian boleh tutup api. Sup ayam sudah siap untuk dihidangkan kepada orang yang sakit.😉                                                                                                                            

Lepas siap sup, aku keluarkan buah kembang semangkuk pulak. Buah ni memang bagus untuk hilangkan panas badan. Maksudnya sejukkan badan lah. Buah ni juga elok untuk batuk yang berpanjangan. Tak perlu makan ubat batuk yang berkimia. Ini adalah petua dari mak mertua. Dan sangat elok.

** gambar ehsan en gugel (malas nak tangkap gambar)

Ni rupa bentuk kembang semangkuk yang belum kembang. Boleh didapati di kedai2 mamak.

** sama juga ehsan en gugel

Caranya sangat mudah. Keluarkan buah kembang semangkuk, cuci bersih. Kemudian letakkan dalam mangkuk, dan tuangkan air masak atau air suam. Kalau nak manis, letakkan gula batu. Kalau tak nak, takpe. Biarkan ia kembang dalam mangkuk. Bila dah kembang, boleh minum air dan makan buahnya sekali. Sedap ooo… Cubalah amalkan.

Itu lah yang aku amalkan setiap kali en hadi demam. Tapi bila aku yang demam, haaa dia ajak pi klinik. Senang aje. Amek ubat dan makan ubat. Nanti sihatlah. Haha. Lelaki kan, bukan tahu nak buat apa bila kita sakit. Redha ajelah…

2 thoughts on “Demam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s