Harta bukan hak

Dah 3 hari aku dengar rancangan Tanyalah Ustaz tentang tajuk Harta bukan hak. Memang menjadi rutin hidup aku lepas solat subuh, terus on tv. Mula tv1. Ada ceramah ustaz juga. Tapi tak tahu apa tajuk kerana selalunya aku tak fokus sangat yang itu sebab selalu lepas subuh ada aje kerja yang aku kena setelkan.

Ok, harta memang sangat diperlukan manusia. Tipulah kalau kita cakap, takpelah, takde harta pun takpe. Tapi jauh dalam hati mesti teringin juga kan. Yelah, mulut kita tak nak pada mulanya, tapi setan yang duduk dalam hati tu dok menghasut hasut suruh fikir tentang harta. Huh. Memang setan itu setan.

Ustaz apa entah namanya. Adik kepada ustaz asri kumpulan rabbani yang menjawab segala persoalan tentang harta pusaka dan perebutan harta. Secara jujur pada aku, tentang isu harta ni adalah aku sangat takut kalau ada harta yang banyak. Bukan aku tak nak harta, tapi cukuplah sekadar apa yang ada. Dan tak perlulah sampai kita bergaduh gaduhan kerana harta. Bukan boleh bawa ke mati pun.

Bila kita dah mati, harta yang kita ada tu kita tinggalkan dekat dunia. Dekat anak bini kita. Sebagai contoh, kita tinggalkan harta pada anak lelaki kita lepas kita meninggal. Kemudian, anak lelaki kita pula yang meninggal, harta kita itu sudah menjadi hak isterinya. Kemudian, isteri itu kawin lain pula dan meninggal, harta itu sudah jatuh ke tangan suami dia dan segala mak nenek keturunan orang lain. Jadi betullah kata ustaz kazim dan adik kepada ustaz asri ni yang harta bukan hak kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s