JAJA & DIN

** gambar ehsan en gugel

( sebab aku sangat malas untuk mengupload dari kamera fon yang tidak canggih itu )

Akhirnya khatam juga novel jaja & din ni. Dari hari isnin sampailah hari ni, jumaat. Lama kan. Hehe. Al-maklumlah bukan membaca buku aje kerja yang perlu diselesaikan. Balik rumah, penuh list kertas kajang a4 yang perlu diselesaikan.

Terima kasih pada kak dhiya zafira yang memperkenalkan novel karya noor suraya ni pada aku hari sabtu yang lalu. Memang cerita ni sangat sedap. Aku memang jatuh cinta pada cerita jaja & din ni. Banyak sangat ilmu dan pengajaran yang aku dapat dari cerita ni.

Nak cerita sinopsis macam tak tahu nak mula dari mana, Cuma apa yang boleh aku cakap, cerita ni berkisarkan perempuan yang moden (jaja) berkahwin dengan seorang lelaki yang zuhud (din). Bagaimana menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Lebih mementingkan Allah dan Rasul dalam segala urusan.

Buku ni banyak bagi pengajaran pada aku untuk menjadi seperti jaja. Banyak yang perlu diubah dan dipelajari lagi. Cintailah Allah bersungguh-sungguh, barulah kita akan dapat mencintai suami dengan cinta yang sebenarnya. Secara jujurnya, itu yang aku sedang belajar.

Aku mengakui kebenaran kata-kata kak su (noor suraya) dalam cerita yang dihasilkan ini ;

Bahagia itu bukan apa yang orang nampak, tapi bahagia itu adalah apa yang kita rasa.

Begitu juga dengan kata-kata ustaz maza dalam ceramahnya ; orang yang tidur atas lantai simen barangkali lebih nyenyak tidurnya dari orang yang tidur atas tilam empuk yang mahal harganya.

Ni pula petikan dari blog kak Yati (Norhayati Berahim)Novel bukan sekadar untuk dibaca, di situ seharusnya ada ilmu yang boleh digali, ada cerita yang boleh dikongsi bersama dan suka duka kehidupan yang boleh dijadikan panduan.

Dan aku bersetuju dengan kata-kata mereka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s