Malas

Breakfast nasi goreng dekat gerai bihun goreng di assam kumbang dah menjadi kebiasaan. So semalam lepas setel urusan dekat bank, lepak makan kat situ. Biasalah, bila aku datang, orang takde. Tapi bila dah duduk, ambil order, sorang2 datang. Lama2 jadi penuh kedai tu.

Tengah makan2 tu, ada satu pasangan ni. Datang breakfast jugak. Kenal en hadi. Ajak sembang pasal bantuan yang depa dapat. Sembang rancak la dok kompelin sana sini. Itu tak kena, ini tak kena. Ok, ada benda yang aku rasa betul. En hadi macam biasa lah kalau orang kompelin, dia dengar dan senyum aje.

A : Hmm, akak ni bukan apa hadi, akak ni bukan sihat mana pun kalau nak kerja. Kaki dah sakit2. Anak ada 3 lagi yang sekolah. Semua asrama. Sorang spm, sorang pmr dan sorang lagi form 4. Duit nak pakai banyak ni. Sekarang ni harapkan abg sorang ja kerja. Mana cukup. Hmm, nanti akak nak pergi la minta bantuan dekat datuk s untuk belanja sekolah anak2.

En hadi : Hmm, datuk s tu memang tak kedekut. Dia memang sangat pemurah. Kalau minta dia mesti bagi tak banyak sikit.

A : Hmm, elok lah tu.

Aku terfikir. Kenapa kita mesti minta bantuan orang lain untuk membesarkan anak2 kita. Sedangkan itu anak kita dan tanggungjawab kita. Aku tengok, kakak dan abang tu sihat lagi. Masih kuat walaupun dia cakap dia sakit2 kaki. Macam2 kerja boleh buat kan selain meminta bantuan.

On the way hantar en hadi kerja, sebab aku time off ;

Aku : Kakak tu sihat lagi kan. Kenapa nak kena mintak bantuan datuk pulak? Carilah duit sendiri.

En hadi : Hmm, orang malas macam tu lah. Yang OKU pun usaha cari kerja inikan yang sempurna kaki tangan.

Aku : Hmm, itulah. Manusia ni memang suka meminta aje kan. Kalau tak tolong nanti cakap sombong. Dah tolong, melampau pulak kan. Minta aje kerjanya.

En hadi senyum aje. So lepas hantar en hadi kerja, aku balik rumah. Sepanjang perjalanan balik tu, aku asyik berfikir. Kenapa orang kita berfikiran begitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s