Tarik mengkarung

Ada orang panggil tarik mengkarung. Ada yang panggil simpul biawak. Tapi orang utara kebanyakannya panggil tarik mengkarung. Yang pastinya kedua-dua binatang ni sangat glemer. Apa kaitan binatang ni dengan kesakitan tu tidaklah aku tahu. Kena tanya orang-orang tua. Untuk mudah faham, dalam bahasa inggeris nya ialah leg cramp. Ha kan semua dah faham. Itu lah pentingnya english education, bak kata usop wilcha.. haha..

Dah dekat seminggu dah aku rasa macam nak kena serangan mengkarung ni. Bila mengeliat je akan rasa hint-hint  nak kena. Tapi aku cubalah mengelak. Biasalah kan, bila selalu mengelak pun pasti kena juga. Dan akhirnya malam tadi menjadi saksi aku telah kena serangan mengkarung. Sangat sakit ok! Rasa nak menangis je. Kena pulak dekat lengan dan kaki. Lengan?? Haha.. memang kena dekat lengan kiri. Tak heranlah kan sebab badan aku penuh angin kus kus. Kus kus hota hey, kata en hadi..

Selalunya bila dah kena serangan, aku akan lunjurkan kaki selurus lurusnya dan cuba menarik ibu jari kaki. Memang sakit tapi kena tahan. Atau pun aku akan lunjurkan kaki ke dinding dan cuba tolak dinding dengan kaki. Kalau en hadi ada, aku akan minta jasa baik dia untuk tekan tapak kaki aku kuat-kuat. Itu aje cara yang aku selalu buat kalau kena serangan binatang ni.

Cara lain aku tak pasti lah pulak. Cuma kata mak aku, kalau nak elak kena serangan, sebelum tidur tu sapukan minyak panas atau minyak angin afiat tu untuk elakkan angin sejuk masuk. Atau tidur dengan berstoking. Sebab lately ni cuaca adalah sangat sejuk bila tengah malam. Hujan pun lebat. Aku pulak, satu hal lah nak sapu minyak bagai sebab bila dah naik katil tu mata macam ada gam. Huhu.

Ada yang cakap kurang air. Kalau saintifik nya aku tak pasti. Tapi mengikut cara orang-orang tua begitu lah yang aku amalkan. Kalau korang ada cara lain, sila lah share kat sini …

One thought on “Tarik mengkarung

  1. Kadang-kadang it happened because bila dah tua-tua ni kita kurang sket eksesais. So bila bangun pagi ke, jgn cepat2 bgn, strecthing sket badan. Bgn tido, duduk dulu, strech mulai dari leher, lengan dan akhiri dengan kaki.
    Tapi amalkan pakai stoking dan jangan tido pakai seluar pendek, kain atau baju tanpa lengan juga boleh membantu. Sebab dulu aku slalu jugak kena mende2 ni … salah urat la … masuk angin la … tertarik uratlah, tapi skang kurang sket.
    Just my 20 cent opinion😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s