Siakap tiga rasa

SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap – bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih – ditumbuk asing
3 ulas bawang merah – ditumbuk asing
2″ halia – dimayang halus
6 biji cili padi – dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak. Goreng ikan siakap tadi sehingga garing. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
     ditumbuk. Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos. Tambah air. Kacau sehingga kuah masak. Masuk 
     garam dan gula.
6. Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.                                                                                          

Ramai juga yang tanya aku macam mana tak nak bagi ikan melekat dalam kuali. Puas juga aku mencuba. Tapi kebanyakannya aku baca cara-cara tak nak bagi ikan melekat dalam kuali ialah dengan memasukkan sedikit garam. Banyak kali juga kau cuba, tapi tak berhasil juga. Sampailah satu hari, aku pergi rumah mak saudara di Ijok. Tanya petua. Katanya mudah saja. Biarkan minyak betul-betul panas. Baru masuk ikan atau ayam atau apa sahaja yang hendak digoreng. Gerenti tidak akan melekat.                              

Balik rumah, aku cuba. Memang berhasil. Tak perlu masuk garam. Cuma biarkan minyak betul-betul panas dalam kuali. Mudah kan. Tak perlu pening kepala lagi kenapa ikan selalu melekat. Tak cantik bila dikeluarkan dari kuali. Sekarang, bila dah tau, takde masalah lagi…🙂                                                                                                                                               

Silalah mencuba petua ni. 


One thought on “Siakap tiga rasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s