Hidup satu kontrak

Tadi ada seorang kawan call. Tanya khabar semua lah. Dia dari kerja kontrak sudah beralih arah ke kerja tetap. Sembang-sembang saja aku tanya ada kerja kosong ke di bahagian dia kerja. Dia jawab sekarang dibekukan pengambilan sebab nak selaraskan gaji untuk semua pekerja tetap.                                                                                                                

Dia tanya kenapa. Aku jawab ada kawan yang bertanya. Kemudian dia tanya aku kenapa tak nak minta? Tak kan selamanya nak kerja kontrak… Aku terdiam. Aku jawab takpelah, kerja memana, kerja apa pun ok. Lama lepas tu aku cakap kalau ada kerja kosong inform pada aku mana tahu aku tukar fikiran pula. Dia cakap ok.                                                            

Lepas letak telefon tu aku termenung sekejap. Kemudian aku teringat kata-kata seorang pakcik yang datang ke library aku untuk meminjam buku dan berbincang sedikit tentang kebersihan library dan promosi library serta ajk library. Dia ada tanya aku dan pembantu kerja tetap ke macam mana. Tapi aku jawab kontrak saja. Sambung setahun-setahun. Dia ingat aku main-main. Tapi aku cakap serius. Kemudian dia cakap tak apa. Hidup kita pun kontrak juga. Tak ada yang tetap dan kekal melainkan Allah SWT.                                            

Dan perbualan itu menyedarkan serta menguatkan semangat aku untuk bekerja kerana Allah. Rezeki datang dari Allah. Masa depan kita tak pasti. Jadi aku serahkan segalanya pada Yang Esa. Insya Allah dipermudahkan segalanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s