Cinta tak semesti dimiliki

Lagi 10 minit Lynn dan Azrul buat keputusan untuk beredar dari kedai makan. Tiba-tiba Azrul berbisik di telinga Lynn. 

Azrul : Kekasih lama…

Lynn : Mana? 

Azrul : Dia masuk bank sebelah.

Lynn : Ok

Dalam tak sampai lima minit, Lynn bangun. Ajak semua orang balik. Nanti malam ada program lagi. Semua beredar dari kedai makan menuju ke kereta masing-masing.

Lynn berjalan menuju ke kereta yang betul-betul diletakkan berhadapan bank Standard Chartered. Masuk dan menunggu seorang lelaki keluar dari bank tersebut. Tiba-tiba seorang lelaki yang agak kurus keluar. Menuju ke keretanya. Lynn turunkan tingkap untuk memanggil. Tapi belum sempat Lynn menjerit, kelihatan seorang perempuan berlari-lari anak keluar dari sebuah butik bersebelahan dan menuju ke kereta yang sama dengan lelaki yang baru keluar dari bank. 

Lynn tersentak dalam kereta. Perasaannya bercampur baur. Marah, rindu, sedih, cemburu semua ada. Walaupun kenangan itu hampir 14 tahun berlalu, namun masih kuat terpahat di benak fikirannya. Lama Lynn termenung. Dia hanya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Azrul. 

Azrul : Ada mana?

Lynn : Saya baru nak balik. Tadi isi minyak. ( Terpaksa berbohong )

Azrul : Patutlah saya dah sampai rumah awak tak sampai lagi. 

Lynn : On the way..

Fikiran Lynn serabut. Segala kenangan muncul. Lelaki itu adalah segalanya bagi Lynn. Biarpun bercinta dengan orang lain, namun lelaki itu tetap istimewa. Semenjak berkahwin, untuk melupakan tidak mungkin tapi untuk mengingati juga adalah mustahil. Kerana Lynn sekarang sudah dimiliki oleh Azrul. Adalah berdosa mengingati orang lain selain suami. Itu hakikat. 

Cuma bila terjumpa depan mata, agak susah untuk Lynn melupakan. At least untuk sehari. Namun, akhirnya Lynn disedarkan dengan panggilan Dira. Kawan yang sentiasa menegur baik buruk tindakan Lynn. 

Mencintai tidak semestinya memiliki… Perpisahan tanpa pergaduhan mana mungkin dapat dilupakan seumur hidup..

One thought on “Cinta tak semesti dimiliki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s