Erti perkahwinan

Dah lama aku tak berfalsampah.. Bercerita tentang masalah, kehidupan dan juga perkahwinan. Dan hari ini aku rasa nak meluahkan apa yang aku tak terluah.. pada siapa, biarlah rahsia kata Siti Nurhaliza..

Perkahwinan ada yang mentafsirkan sebagai perjudian. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Secara jujur peribadi, aku menganggap perkahwinan adalah satu anugerah. Untuk aku orang yang dah berkahwin adalah orang yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab yang sangat berat. Itu definisi aku tentang perkahwinan.

Berkahwin bukan untuk suka-suka. Majlis yang gah tapi isi kosong. Pengakhirannya berpisah. Kita perlu ada ilmu dalam perkahwinan. Tak kira ilmu logik atau agama. Tapi yang lebih penting ilmu agama. Sebab agama adalah tunjang hidup kita. Dalam agama Allah dah menggariskan panduan perkahwinan. Tanpa agama kita akan rasa kosong dan tak bermakna sebuah kehidupan. Itu lah juga gunanya kursus perkahwinan. Untuk mengajar erti tanggungjawab dan apa itu institusi perkahwinan.

Nak cakap banyak aku pun tak pandai. Tapi perkahwinan juga adalah tolak ansur dan hormat menghormati. Siapa suami kita, itu adalah yang terbaik yang Allah berikan. Kita mungkin rasa itu bukan suami terbaik. Kita perlu ingat, kita ada perancangan tapi Allah juga ada perancanganNya sendiri. Kita mungkin rasa itu yang terbaik untuk kita namun kita tak semestinya betul. Mungkin itu adalah yang terburuk untuk kita di mata Allah.

Apa pun kita perlu berbalik kepada agama. Minta petunjuk dari Allah. Itu yang sebaiknya dalam setiap perbuatan yang kita lakukan dalam rumahtangga. Aku tak pasti orang lain, tapi itu adalah cara aku merungkaikan segala kekusutan.

Kepada orang yang aku sayang, apa pun tindakan kita biarlah berlandaskan agama. Untuk meraih kebahagiaan, perlu ada pengorbanan. Itu ujian dari Allah untuk mengangkat martabat kita ke tempat yang lebih tinggi. Sekiranya kita lulus, tinggilah nilai kita di sisi Allah, tapi sekiranya kita gagal, makin rendahlah kita di mataNya.

Tak kiralah apa punca kita berkahwin. Ada orang berkahwin untuk mengelakkan maksiat. Ada yang berkahwin sebab dah melakukan maksiat. Ada yang memang teringin berkahwin. Ada yang sebab mak ayah suruh kahwin. Apa pun pengakhirannya kita berkahwin. Perkara yang sangat disukai Allah dan dibenci iblis.

Hargailah perkahwinan yang ada. Hargailah orang yang dah dijodohkan untuk kita. Hargailah setiap apa yang diberikan oleh Allah supaya kita tak akan menyesal kemudian hari. Oh, baru aku sedar, dia adalah yang terbaik untuk aku. Tapi aku yang terburu-buru.

Ada yang akan cakap, kenapa isteri saja yang kena berubah, mengalah, dan berkorban. Kenapa tidak suami juga. Ini kerana isteri adalah seorang perempuan yang kuat dan hebat. Kita kuat dalam kesakitan. Kita kuat dalam mengharungi ujian Allah. Tetapi lelaki tidak.

Mereka tak kuat untuk menempuh hidup sendirian bila kematian isteri pun. Bahkan ada yang berkahwin lebih dari satu. Mereka tak kuat dalam kesakitan. Memerlukan ibu yang juga perempuan dan isteri untuk menjaga makan minum, sakit pening dan menjadi tunjang kepada kejayaan seorang suami atau lelaki. Pahala yang kita dapat sangat besar. Apa lagi yang kita kejar bila sudah berkahwin kalau bukan pahala untuk setiap perkara yang kita buat.

Yang penting, kenali siapa suami kita. Kenali siapa isteri kita. Kenali siapa anak-anak kita. Kenali rumahtangga kita. Cubalah untuk mengharungi dan menempuh setiap ujian dan dugaan yang Allah beri sekuat mungkin. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuannya. Itu janji Allah.

Setiap orang akan melakukan kesilapan. Aku pun banyak melakukan kesilapan. Tanpa silap, kita tak akan belajar. Ujian yang aku tempuh maha hebat untuk diri aku. Namun aku terpaksa juga kuatkan diri dan redha menerima semua ini berlaku dengan izin-Nya. Dan aku cuba berubah ke arah yang lebih baik. Jadi, pada orang yang aku sayang, mengalah tak bererti kalah. Demi perkahwinan yang diredhai Allah, bertahanlah dan sentiasa menunding jari ke arah diri kita sebelum menunding jari ke arah orang lain.

One thought on “Erti perkahwinan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s