Kerja rileks ke?

Dua tiga hari ni aku agak tekanan dengan kerja. Sasaran kerja yang tinggi di awal-awal tahun ni. Menarik lebih ramai pengunjung datang ke perpustakaan bukannya mudah. Perpustakaan untuk mereka adalah satu tempat yang sangat membosankan. Which is i agreed. I used to think the same way. But now, it’s different. Mungkin sebab aku bekerja di bidang yang dulu aku rasakan sangat bosan.

Promosi menarik pengunjung perlu lebih banyak dilakukan. Jenuh juga memerah otak untuk membuat aktiviti. Bila dah lancarkan aktiviti, dah dibeli semua barang keperluan, masalah lain pula timbul. Peruntukan masuk lewat ataupun tidak masuk langsung untuk bulan ni. Ah sudah. Lagi berserabut wayar-wayar dalam kepala otak aku ni. Macam mana nak selesaikan. 

Bila bercakap bab duit memang letih. Pada awalnya aku agak melatah. Bila dah tenangkan fikiran, apa salah tidak berkira tentang kerja. Akan ada bahagian yang Allah balas. Walaupun bukan dengan duit, mungkin ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup aku. 

Aku cuba bekerja dengan seikhlas mungkin dan berniat kerana Allah. Tidak berkira tentang waktu kerja dan belanja yang dikeluarkan. Yang penting sasaran kerja tercapai dan perpustakaan meriah dengan pengunjung dan aktiviti.  Dan aku percaya, Allah akan menilai setiap kerja yang kita lakukan dengan ikhlas biarpun hanya sebesar zarah.

Setengah orang menganggap pembantu perpustakaan kerja yang mudah dan relax. Ye, nampak fizikal memang relax, tapi mental sangat bekerja keras untuk menarik sebanyak mungkin pengunjung. Aku pernah disindir.

Penyindir : Kau takpelah, kerja relax aje. Aku ni letih. Kena pasang khemah, angkat kerusi semua kena buat. Lagi-lagi ada function.

Aku : Kau yang pilih kerja macam tu. Kenapa salahkan aku. 

Penyindir : Takdelah, aku tengok kau sangat relax

Aku : Kalau aku serabut pun perlu ke aku tunjuk pada kau. Kau akan bantu ke? Keletihan kita tak sama. Kau letih badan sebab angkat barang berat semua. Tapi aku letih otak berfikir. Jadi jangan lah suka-suka je cakap macam tu. Masing-masing punya kerja kan. Buat ajelah. 

Senyap penyindir tu kan. Tah le aku pun tak faham. Ini cuma cerita.  Apa pun berbalik pada diri sendiri dan cara pemikiran. 

2 thoughts on “Kerja rileks ke?

  1. betul. yang penting keje ikhlas, dan buat keje yang kita suka. aku xpernah complain pasal keje aku. yang aku komplen environment dan attitude orang yang bekerja dengan aku. basically aku sangat suka keje aku. buat aku lupa seme msalah aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s