Red cabbage @ kobis ungu

Semalam, singgah The Store nak beli sayur. Sebab dalam peti yang tinggal timun, tomato. Yang lain semua dah selamat dibelasah. Sementara tunggu tupperware dari adik yang boleh simpan sayur sampai 3 minggu tanpa layu dan kuning serta rosak, lambattttt.. Jadi memandangkan aku pun tak tentu memasak, sayur tak boleh beli banyak. Nanti rosak buang macam tu aje. Rugiii..

Pusing-pusing The Store tu, belek sayur… sama aje.. Jemu! Geledah satu persatu. Akhirnya ternampak sesuatu yang lain warnanya.. Haha. Seperti dalam gambar. Australia Red Cabbage

Dengan rasa bahagia, balik rumah. Mula memasak. Lala goreng kunyit cili padi, sambal ayam dan sayur kobis ungu ni. Gambar tak terfikir nak tangkap sebab tak terfikir nak masuk dalam blog.. 

En hadi : Sayur apa ni?

Aku : Haha.. dah agak dah.. nampak pelik mesti tanya. Tak racun pun. Cubalah rasa.

En hadi : Tak nak lah.

Aku : Kobis ungu dari Australia

En hadi : Rasa kobis biasa. Cuma ni lah pertama kali sejak saya hidup tengok warna ungu kobisnya. Bubuh pencelup kot.

Aku : Haha, ada pulak. Dari pokok memang warna tu lah. Kena rasa benda yang luar biasa. Tapi takdelah luar biasa pun. Warna aje. Cara masak sama je.  Dah jom makan. 

2 thoughts on “Red cabbage @ kobis ungu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s