Bingka roti @ Bengkang roti

Ada baki roti gardenia lagi setengah plastik. Takde siapa nak makan. Buka peti ais, ada susu segar, ada mentega, ada telur. Buka almari ada gula, ada esen vanilla. Hmm, apa lagi bertukang lah untuk membuat bengkang roti. Orang utara panggil bengkang. Orang selatan panggil bingka. Tak tau betul atau tak. Tapi sejak celik mata, bengkang la mak tersayang dok sebut.😛

Tak susah pun buat benda alah ni. Meh aku share resepi. 

Bahan :

Gula

Susu segar

Mentega

Telur ayam

Cara :

1. Carik-carikkan roti. Masuk dalam pelengat (loyang).

2. Dalam mangkuk yang lain, pecah kan telur. Ikut suka nak bubuh berapa biji. Macam aku, bubuh sebiji je sebab aku tak nak rasa telur banyak sangat. Kalau nak bubuh 2 atau 3 takde masalah. 

3. Masukkan gula dan mentega ke dalam mangkuk yang sama. Kacau sehingga kembang dan sebati. Gula terpulang pada citarasa. Aku bubuh 2 sudu besar je. Ada yang bubuh 3-4 sudu.

4. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang dah dibubuh roti. Lepas tu boleh masukkan susu segar. Jangan sampai tenggelam roti. 

5. Setengah orang biar dia kembang macam tu aje. Tapi aku lebih suka meramas. Pastikan tangan dibasuh bersih ye. Kebersihan sangat penting. Aku akan ramas sehingga hancur dan kembang roti dalam bancuhan tadi. Dan biarkan seketika.

6. Panaskan oven dalam 180ْ C. Bakar selama 30-40 minit. Kalau nampak kurang masak, tambahkan masa lagi. Pandai-pandailah korang ye..

Ini resepi wajib mak aku kalau roti tak habis. Daripada membazir, baik buat bengkang ni. Gerenti licin. Memang favorite seisi rumah. Dan kalau nak sedap lagi, boleh makan dengan aiskrim atau pun kuah vanilla. Kuah asal dari puding kastard. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s