Macaroni vs Nasi Goreng

Dinner yang simple. Disebabkan takde selera untuk melantak nasi putih, aku pun buat nasi goreng. Disebabkan nasi goreng sikit aje, aku pun godek-godek, jumpa macaroni. Apa lagi, dah lama tak makan. Belasah macaroni. Macaroni dan nasi goreng aku simple je. Bahan pun tak banyak sangat. Sebab aku jenis tak makan sangat makanan yang berbahan banyak. Pelik? Hmm, itu lah. Nak buat macam mana. 

Resepi yang ringkas untuk macaroni yang ringkas ;

Bahan-bahan :

1. Ayam. Terpulang nak letak banyak mana. Kalau letak ayam cincang pun ok juga. Senang. Tapi aku letak ayam rendang semalam yang mak bagi tak habis. 

2. Cili boh yang dah di blend dengan bawang putih dan bawang merah.

3. Macaroni

4. Telur 

Cara :

1. Didihkan air dalam periuk. Bila dah didih, masukkan macaroni. Kuantiti terpulang pada individu yang nak makan. Tutup periuk. Biar seketika.

2. Tumiskan cili boh yang dah di blend dengan bawang putih dan merah. Biar pecah minyak. Masukkan ayam yang dah dipotong halus. Goreng sekejap. Aku masukkan ayam rendang yang aku dah hiris kecil dengan kuah sekali. Goreng bagi masak. 

3. Bila macaroni dah agak masak, tapiskan. Masuk dalam kuali tumis tadi. Dan goreng macam biasa. Pecah kan telur. Teruskan menggoreng sampai masak. 

* terpulang pada kreativiti masing-masing untuk menambah bahan seperti kacang campur ke, sayur ke, atau hiasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s