Licence

Dah check lesen masing-masing? Jangan ada yang dah expired lesen tapi masih tak tahu. 

Semalam tengah tengok rancangan On Air tu, en hadi bercerita la pasal lesen kereta. Expired bila, etc. Telinga dengar, tapi tiba-tiba fikiran ke arah lain. Ingat-ingat lupa tarikh lesen aku. 

En hadi : Nak ke mana tu?

Aku : Nak tengok lesen kejap. Rasa macam dah mati tarikh. 

Aku pun belek-belek lesen. Sekali amek ko. Memang dah expired. Bukan sehari, bukan dua hari. Tapi sebulan!!! Sepatutnya tarikh mati lesen tiap tahun aku adalah pada 15 atau 16 Januari. Tapi semalam genap sebulan. Apa yang aku fikir pun tak tau lah. Sampai boleh lupa. Ini adalah kali pertama aku lupa tarikh lesen. Adakah kerana aku dah mencapai 3 series bmw?? Huhu…

En hadi : Macam mana awak boleh lupa? Sebulan dah ni. Esok kena pergi renew cepat. Nah amek duit ni. 

Aku : Wah, pakej.. macam ni saya nak lupa selalu lah. Dapat duit renew lesen. 

En hadi : Mengada!

Jadi, pagi tadi aku pun pergilah renew lesen. Oh sekarang ni dah tukar tarikh mati lesen ye. Ikut pada tarikh lahir kita. Hmm, entah boleh ingat ke tak. Kena letak reminder dalam phone pula.. ~lalala~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s