Orange Mini Cupcakes

Sekarang ni mood baking membaking. Tak tahu kenapa. Tapi bila tension-tension, baking membaking ni rasa nyaman je. Lepas tu pulak nak makannya setakat 2, 3 ketul aje. Membuatnya tu yang over excited. Tapi selalunya aku kalau buat lebih, bawak aje datang library. Gerenti habis. Bukan bawak baki tapi memang dah diasingkan awal. Bagi budak-budak gembira. Itu sudah cukup. 

Saje belek-belek internet. Sudah tak ingat website mana yang aku dapatkan resepi kek cawan oren mini ni. Tapi takpelah kot. Sebab blogger tu pun mesti ambil dari blog lain. Jadi dah lompat-lompat. Meh aku share kan resepinya. Tapi banyak juga yang menderhaka sebab tak ikut sangat dengan resepi asalnya.

Bahan :

3 cawan tepung naik sendiri. (aku guna tepung gandum aje sebab tak keluar beli pun. Buat mana yang ada di rumah saja. Ayak dengan sedikit baking powder.)

2 cawan gula pasir

2 cawan minyak masak

6 biji telur ( aku guna 3 biji aje sebab banyak sangat telur)

3 sudu oren sunquick (aku guna perisa oren aje)

Cupcake mould atau cup kertas

Cara :

1. Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mixer. Putar sampai kembang. 

2. Masukkan tepung naik sendiri atau tepung yang dah diayak dengan baking powder sikit demi sikit ke dalam mixer bowl

3. Masukkan perisa oren atau pun oren sunquick

4. Putar sampai nampak likat sikit.

5. Tuang kan ke dalam cup atau mould. Kalau nak bagi nampak tinggi, bubuh banyak sikit dalam setiap cup

6. Kalau nak bagi cantik, hiaslah atas tu dengan icing atau pun chocolate rice atau apa saja yang nampak menarik. Aku saja letak chocolate rice yang berwarna-warni supaya nampak cantik. Tapi manis sikit. Terpulang pada citarasa masing-masing. 

7. Bakar dalam oven yang suhunya 160 Celcius  selama 15 minit. 

3 thoughts on “Orange Mini Cupcakes

  1. Salam. xsangka aku ko rajin memasak ye. Kenapala aku pemalas bab masak ni.
    malu je jadi pompuan. huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s