Wang tebusan RM50

Aku sampai library, pembantu aku terus tanya.

Pembantu : Kak, ada nampak handphone saya tak?

Aku : Takde pun. Kenapa?

Pembantu : Handphone saya hilang. Semalam saya tak perasan mana saya letak. Tapi saya rasa mungkin tertinggal di library. Malam sebelum tidur baru saya perasan bila nak set alarm di phone suami, nampak ada mesej masuk dari number phone saya. 

Aku : Uikk..

Pembantu : Tu la, orang yang curi tu siap cakap macam ni : “Handphone *** ada dengan saya. Kalau nak balik, wang tebusan RM50.00″

Aku : Hahahahaha..

In the first place itulah reaksi aku. Lepas tu baru aku sedar. Dan aku minta maaf pada pembantu. Dia pun gelak sebab dia pun rasa itu kelakar. Bila dah duduk betul-betul dan fikir. Barulah dia tahu macam mana boleh hilang. 

Ada satu kumpulan budak-budak remaja dalam umur 15 tahun macam tu datang. Dua masuk, dua tunggu di luar. Handphone atas meja masa tu. Seorang lengahkan pembantu aku bersembang dan tanya macam-macam. Seorang lagi cepat aje tangannya mencapai barang. Memang kata pembantu, gaya budak-budak tu pun ranggi dan mata meliar aje bila masuk library

Nak cakap pun tak tahu macam mana. Tapi memang kerja budak-budak ni setakat rm50 konon-konon nak jadi perompak hebat. Hmm….

2 thoughts on “Wang tebusan RM50

  1. ahhaha…aku penah gak masa kat PD budak curi hp. siasat punya siasat aku dapat tau sape yg curik, siap pegi rumah nak mintak balik hp.
    Tau, dia sorok hp aku bawah batu belakang sek.agama dia. motif curik? bebudak saje gatal tangan, nak pujuk suruh bukak mulut punya la susah. nasib baik dapat jugak akhirnya.

  2. ha tu la ina.. teruk kan budak2 sekarang..
    laju je tangan tu.. pantang lepa kita dibuatnya..
    tapi dalam kes ni, pembantu aku tak dapat balik le fon dia..
    terpaksa guna yang lama dulu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s