Let go

Semua yang kita ada ni pun bukanlah satu yang kekal. Sampai masa kena lepaskan juga. Lambat atau cepat aje.  Sakit pun, perlu tempuh dan belajar untuk melepaskan. 

Lepas duduk dan berfikir. Takde apa yang aku akan dapat sekiranya aku tetap berkeras mengikut kehendak hati. Akibatnya pergaduhan dan pertelingkahan yang akan berlarutan. Tiada jalan penyelesaian. Tiada siapa yang mahu mengalah dalam situasi ini.

Mungkin dah sampai masa untuk aku melepaskan apa yang aku ada. Sekurangnya aku akan tenang. Aku anak sulung. Jadi, anak sulung ni dah biasa dengan situasi mengalah. Memberi kepada orang lain. Untuk mengelakkan pergaduhan. Biarpun barang itu 100% milik aku, aku terpaksa bagi untuk jaga  hati orang lain dan buat orang lain gembira. Apatah lagi barang itu bukan 100% milik aku. So, sangat haruslah aku memberi dan memulangkan kembali pada yang berhak kan.

Allah itu Maha Adil. Bila aku dah lapangkan hati lepaskan semua, Dia bagi juga sikit dekat aku. Alhamdulillah.

Terngiang-ngiang di telinga kata-kata seseorang;

“Kalau kita sayangkan seseorang, kita lepaskan. Biarlah dia buat apa yang dia rasa dia bahagia dan gembira. Bila dia gembira, kita akan gembira. Bila dia sakit, kita akan sakit. Sekiranya dia kembali pada kita, dia masih milik kita. Sekiranya sebaliknya, redhalah dengan ketentuan Illahi.”

Ini bukan kali pertama dalam hidup aku. Jadi buat apa mengeluh. Buat apa merintih. Lapangkan hati, tenangkan jiwa. Insya Allah. 

One thought on “Let go

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s