Ikhlas ke…

Ada sorang pakcik ni. Dia mesin rumput untuk library. Mula dulu dia cakap mesin ikhlas. Siap cakap buat kerana allah. Pakcik tak kisah. Kalau bayar pakcik ambil. Tak bayar takpe.

Jadi sebab dia cakap dia ikhlas, aku pun takpelah. Tak bagi sb memang tak wat claim. Tiba2 last month dia call bos aku. Cakap duit tak bayar ke. Dan dah ambil orang baru ke untuk mesin.

Bila bos aku tanya aku dan dan tu lah panas telinga. Sebab dengan aku cakap lain. Belakang isu lain. So aku pun buat claim. Untuk dua bulan sebab memang dua bulan yang aku ingat.

Tapi claim ditangguhkan. Terpaksa guna duit poket sendiri. Takpelah janji takde lagi cakap belakang. So tadi aku pergilah rumah dia untuk bayar duit.

Pakcik : berapa ye yg dibayar?
Aku : rm80 untuk dua bulan kan.
Pakcik : ooo ikutkan rm120 untuk 3 bulan. Okt, nov dan dis.
Aku : oh ye ke… Hmm yg lagi satu tu nanti buat claim baru ye..
Pakcik : oh takpe. Ikutlah nak bayar ke tak. Pakcik tak kisah. Ikhlas je.

Ikhlas lagi.. tapi di mana keikhlasan yang diperkatakan. Ye ikhlas itu hanya allah yang tahu. Ikhlas rahsia Allah. Kita pun tak tahu kita ikhlas atau tidak sebab keikhlasan itu berada jauh di lubuk hati. Mulut kata ikhlas belum tentu hati ikhlas.

Lu pikirlah sendiri bak kata nabil…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s