Apa penghujung hidup kita?

Saja sembang sembang dengan seorang kawan. Semua cerita keluar. Dah lama tak bercerita. Sampailah satu topik. Anak. Yelah. Masing masing masih belum ada rezeki. Cuba membuka hati dan redha dengan ketentuanNya.

Tiba-tiba, terbuka cerita sorang kawan cina yang selalu bertanya khabar aku. Kadang-kadang bagi nasihat apa yang patut untuk mendapatkan anak.

Cerita itu aku sampaikan pada kawan. Tak sangka ayat yang keluar dari mulut dia ialah “walaupun dia lahirkan banyak anak tapi membawa ke neraka untuk apa..dia kafir jadi bukan bawa ke syurga pun…”

Istighfar aku dalam hati. Persoalan di sini, adakah kita yakin kita akan mati dalam Islam???? Dan adakah kita yakin org kafir itu akan mati dalam kafir juga???

Kun fa ya kun, kata Allah. Siapa kita untuk bercakap dan menghukum orang begitu? Allah maha kuasa. Dia boleh balik kan hati org Islam sekelip mata dan boleh bagi hidayah pada org kafir sekelip mata juga. Tiada yang mustahil.

Kita berdoa agar kita ditetapkan iman selamanya dan mati sebagai Islam yang diredhai Allah. Bukan dengan bangganya kita akan ke syurga.

Inilah nilai hati. Hati kena sentiasa bersih. Wallahua’lam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s