Kunci kereta

pagi yang indah. syahdu je kan. sebab malam tadi hujan sangat lebat. alhamdulillah setelah kemarau terik sehingga berjerebu akhirnya Allah turunkan hujan untuk membasahkan tanah. siap-siap nak pi kerja. tiba-tiba;

en hadi : saya nak masuk tandas la pulak. tunggu sat lah.

me : alah, camtu pulak. 

tak dan cakap apa. berdessup hilang. hmm, nak keluar tak boleh. keta kena blocked. so, amek kesempatan mencuci menjirus keta. kunci kereta letak sebentar atas enjin kereta en hadi. dah setel semua, tutup pintu nak gi keja. tiba-tiba ;

me : eh, kunci atas keta proton. macam mana ni.

capai handphone….

en hadi : laaaa saya dah nak sampai traffic light ni.. yang pi letak atas enjin tu buat apa.. 

bila dia sampai, tengok takde kunci. hmm dah jatuh memana la tu. memang kena marah la kan di pagi nan syahdu tu.. tengah cari mencari tu, tiba-tiba :

bunyi alarm kereta…..

eh mana pulak datang bunyi ni.. pusing belakang, ada jiran bawak kunci kereta yang katanya jatuh di area rumah dia. mesti masa en hadi kona baring tu… so terima kasihlah pada en jiran tu.. tak tau nama.. 

setel semua apa lagi… zappppp ke ofis masing-masing.. 

tandas punya pasal habis kalut pagi nan syahdu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s