Biskut Nescafe Habibah

imageDah lama nak buat cookies ni. Tapi tak tau nape tak buat-buat. Akhirnya raya ni juga yang nak jadi. Biskut ni memang tiap tahun menjadi kemestian di rumah mak. Cuma tahun ni je aku buat sendiri. 

Macam tart juga. Tangan tak kuat nak tekan guna acuan tart. Jadi tekap-tekap jelah. Tapi biskut ni kena bagi canai bagi nipis doh dia baru sedap.

Kalau tebal memang tak sedap. Bila tekap-tekap tak cantik pulak kosong je. Belek-belek ada lebihan coklat rice colorful tu, tabur aje atas cookies tu. Hmm, akhirnya jadi lah macam ni. Kat bawah ni aku bagi resepi biskut nescafe.

Bahan :
250 gm mentega/marjerin
2 biji kuning telur 
130 gm gula ising
80 gm tepung tepung jagung 
450 gm tepung gandum – diayak 
4 sudu besar serbuk nescafe – diayak (terpulang pada individu..)
manik2 gula atau coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan 

Cara :
1. Mentega, kuning telur, gula ising, serbuk nescafe pukul sampai kembang.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. 
3. Uli doh sampai lembut. Sampai dah tak melekat. 
4. Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut. 
5. Bakar dengan suhu 180C selama 20 minit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s