Sentiasa bersyukur..

Orang-orang tua ada cakap. Tiga perkara ni menjadi rahsia Allah. Ajal, jodoh dan rezeki. Of course la ada banyak lagi kan. Tapi aku nak bercakap tentang rezeki saja. Ok, ada seorang kawan ni. Sepanjang aku kenal dia, dia ok. Cuma selalu mengeluh duit. Duit tak cukup. Sebab banyak yang perlu keluar dari masuk. Masuk sekali sebulan. Keluar berkali-kali sebulan.

Sampai suatu masa dia sangat-sangat terdesak perlukan duit. Tapi akhirnya masalah berjaya diselesaikan. Balik rumah aku berfikir. Di mana silap kita sehingga rezeki Allah beri kita sentiasa rasa tak cukup.. Pernahkah kita bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi? Pernahkah kita rasa, oh, aku sudah selesa, entah bagaimana dengan orang yang di luar yang masih mencari keselesaan.

Ye, aku mengaku aku bukanlah seorang yang banyak duit. Beli barang branded atau pun barang yang mahal. Tapi ada yang cemburu. Ada yang nampak aku sentiasa senang. Ada di kalangan kawan yang selalu cakap,”oh, you takde anak, takpelah tak perlu beli susu anak, pampers anak, itu ini..” “we all yang beranak pinak ni kena ikat perut, kena fikir banyak untuk beli sesuatu..”

Kalau aku belum ada rezeki untuk mendapat anak, apa aku takde komitmen lain ke nak kena bayar? Kalau aku belum ada anak, aku tak perlu bayar installment kereta? Kalau aku belum ada anak, tak perlu bagi mak ayah duit? Beli barang dapur, beli barang keperluan lain??? Kalau aku ada anak, tentunya suami aku yang akan menanggung perbelanjaan anak. Itu tanggungjawab dia. Perlukah aku tunjuk pada orang masalah yang aku tanggung? Perlukah aku detail kan kos perbelanjaaan aku? 

Kalau kita diberikan rezeki anak, kenapa perlu salahkan orang lain untuk ketidak mampuan kita untuk membeli keperluan anak?? atau kenapa perlu merungut dan membezakan diri dengan orang lain. Hiduplah dengan cara yang kita mampu dan tak perlu membandingkan dengan hidup orang lain. Masing-masing punya kebahagiaan dan kesusahan sendiri. 

Then satu hari aku bersembang dengan seorang lagi kawan. Anak lima. Hidup sentiasa tenang. Jawapan yang simple yang aku dapat dari dia. Hiduplah seperti hari ini hari terakhir kita di dunia. Sentiasa bersyukur sekiranya rezeki kita untuk hari ini walaupun cuma ikan goreng dengan nasi putih. Sedangkan ada yang makan nasi basi. Atau pun ada yang tak mampu nak makan pun. Sentiasa berfikiran positif. 

Siapa pun tak nak susah. Hidup muda penuh dengan hutang. Hidup tak mewah. Tapi ingatlah kehidupan yang macam ni yang kita rasa kita tak suka, tapi mungkin ini sebenarnya yang terbaik untuk kita. Dan mungkin itu adalah hasil dari kesilapan diri kita yang lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s