Menari Dalam Hujan

“Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah menari dalam hujan.”

Saya dan suami baru selesai makan malam di sebuah restoran dan sedang bersiar-siar di deretan kedai bertentangan. Kami memasuki kedai yang menjual barangan kraf dengan harapan mahu mencari lagi beberapa lagi hadiah sempena Hari Krismas. Sejurus melepasi pintu masuk, pelbagai haruman potpuri dan sabun buatan tangan menusuk hidung kami.

Kedai itu menjual pelbagai kraftangan. Setiap rak dan dinding dipenuhi segala macam hasil tangan. Ketika memasuki kedai itu, saya perasan sekeping kayu tergantung pada dinding. Saya melihatnya sekali lagi dan mengangguk perlahan membaca mesej yang terukir di atasnya. Kami terus menerokai barangan lain di dalam kedai itu tetapi saya mendapati diri saya tertarik semula ke plak yang pertama tadi.

Berdiri di hadapannya, saya terasa seperti budak kecil, yang terjumpa sesuatu yang tidak diduga seperti duit syiling ataupun barang permainan. Terselit di antara semua barangan kraf tangan yang biasa-biasa ini, saya menemui sebuah permata berharga dengan mesej yang mudah.  Mesej yang memang saya perlukan pada saat itu.

“Hidup ini bukan mengenal bagaimana menempuh ribut yang melanda, tetapi bagaimana caranya hendak menari dalam hujan.” Itu adalah ayat yang tertulis pada plak itu.

Selepas menarik perhatian suami saya, jelas beliau juga merasai kebenaran pengajaran mudah yang cuba disampaikan pada kepungan kayu itu. Berapa kerapkah kita menetapkan syarat kepada kebahagiaan diri kita sendiri? Apabila hutang rumah sudah langsai, baru kita boleh bergembira. Apabila anak sudah besar sedikit, barulah kita boleh meluangkan masa bersama. Terlalu sedikit keseronokan yang dapat kita nikmati sekarang apabila diambil kira segala hal itu dan ini.

Saya teringat kembali suatu hari yang panas pada tahun sebelumnya. Ketika secara kebetulan saya mengamalkan mesej pada kepingan kayu itu. Awan-awan mendung berguling melitupi gurun Rockies,sarat dengan kelembapan hujan. Hujan rintik-rintik yang mula turun pada waktu tengah hari bertukar lebat sebelah petangnya dengan air berderum laju memenuhi parit dan longkang.

Hujan masih turun ketika saya keluar mengambil surat yang posmen baru hantar. Air di dalam parit masih tinggi. Saya pun tidak tahu apa yang terlintas di kepala, tetapi tiba-tiba saya terasa ingin melakukan sesuatu yang ‘gila’.

Saya membuka kasut dan mula berjalan dalam hujan yang mencurah-curah di laman. Air di celah kaki terasa nyaman dan sedikit suam apabila dipanaskan oleh batu-batu kerikil di laman.

Jiran-jiran yang ternampak aksi saya itu pastinya memikirkan perempuan ini tua ini sudah gila, tetapi saya tidak kisah. Kerana pada ketika itu saya terasa setiap sel tubuh saya hidup dan bertenaga. Saya tidak risaukan bil-bil rumah, masa hadapan, ataupun apa juga perkara remeh-temeh kehidupan. Saya mengalami sebuah kenikmatan daripada Tuhan. Iaitu saat-saat kegembiraan tanpa syarat dan tidak berhujung pangkal.

Kini kepingan kayu itu masih tergantung megah di ruang tamu, sebagai hadiah daripada suami tercinta. Saya melintasinya beberapa kali setiap hari dan sering bertanya kepada diri saya, “Adakah saya sedang menari dalam hujan sekarang?”

Saya fikir sekarang jawapannya, “Ya.” Saya cuba mengamalkannya setiap hari. Kini saya lebih komited berhenti sejenak dan meneliti serta mensyukuri semua nikmat kecil anugerah Tuhan di sekeliling saya. Nikmat-nikmat yang sering kali kita terlepas pandang kerana terlalu teruja mengejar kebahagiaan masa depan. Kini saya lebih bersyukur dan menikmati setiap detik nikmat pemberian Tuhan. Seperti anak yang mula berdikari, kasih sayang dan persahabatan sahabat handai serta keindahan alam. Ya, langkah demi langkah saya sedang belajar menari dalam hujan!

2 thoughts on “Menari Dalam Hujan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s