Lesen Untuk Senyum

“Hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria” ~William Arthur Ward

Sesiapa yang mengenali diri saya pasti akan melabelkan diri saya seorang yang optimis. Saya percaya dengan harapan dan mencari suatu yang positif dalam perkara dan keadaan yang mencabar. Sikap optimistic saya berpunca daripada kepercayaan dan cinta kepada Tuhan yang saya percaya Maha Melihat setiap perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan kita, bukan ‘perkara yang besar-besar’ sahaja. Saya juga percaya semua yang berlaku ada sebabnya dan sekiranya minda kita sentiasa terbuka, maka Tuhan akan menunjukkan kepada kita yang Tuhan sedang memerhatikan kita.

Walaupun begitu, orang yang optimis pun kadangkala masih mengalami putus harapan. Itu yang berlaku kepada diri saya pada suatu hari yang mendung dalam bulan Januari. Saya berasa tertekan dengan cabaran-cabaran yang terpaksa saya hadapi dalam kehidupan peribadi saya. Cabaran-cabaran rumahtangga, kesihatan dan kewangan. Semuanya bergabung menjadi satu puting beliung emosi yang mengancam mahu mematahkan semangat saya. Saya berasa marah, kecewa, tertekan dan jauh daripada rahmat Tuhan. Cuaca di langit pun nampaknya seperti sedang mencerminkan mood saya. Langit yang mendung menghalang sebarang sinar matahari menembusinya. Belum pun pergi kerja badan saya sudah terasa penat, kerana tidak dapat melepaskan diri daripada putus asa.

Sesampai waktu rehat, saya meninggalkan pejabat bagi mendapatkan makan tengahari. Walaupun masih berasa pesimis dan negative, saya perasan sinar matahari menembusi awan-awan mendung di langit seketika. Saya mula sedar akan sikap negative saya dan teringat yang mindset saya adalah tanggungjawab kepada diri saya sendiri. Walaupun saya tidak dapat memfokuskan perkara yang positif sahaja atau pun memilih mengubah diri saya mengenai hakikat ini secara sengaja, namun saya masih tidak dapat mengubah mindset saya pada ketika itu.

Oleh itu, saya memegang erat stereng kereta dan berdoa dengan ikhlas. “Oh Tuhan!” Doa saya, dengan mata yang sudah berkaca. “Berikan saya kekuatan pada hari ini. Saya tidak mahu merasa begitu sedih dan lemah begini. Tolong keluarkan saya daripada tempat yang gelap ini.”

Ketika berhenti di lampu isyarat merah, saya memandang bumper kereta di hadapan. Bumper keretanya dilekatkan dengan stiker yang menarik perhatian. Ia berbunyi, “Matahari Sedang Bersinar.” Serta merta saya tersenyum. Stiker itu seolah-olah peringatan daripada Tuhan, yang sebenarnya matahari memang sudah keluar dan bersinar panas. Kemudian lirikan mata saya beralih kepada kereta sebelahnya yang juga memiliki stiker pada bumper berbunyi “Jangan Bersungut”. Jadi apabila dibaca kedua-dua stiker bila digabungkan menjadi “Matahari Sedang Bersinar, Jangan Bersungut”. Ini bukan sahaja membuatkan saya tersenyum tapi ketawa besar. Melihat kedua-dua kereta itu bersebelahan pada ketika itu menguatkan semangat dan kepercayaan yang saya sendiri dapat memilih sikap saya, tidak kira apa keadaan atau cabaran pun. Saya terasa semangat dan mood saya meningkat apabila saya membuat keputusan untuk memilih sikap positif.

Saya kembali ke pejabat dan menceritakan pengalaman saya itu kepada beberapa rakan. Mereka hanya mampu ketawa apabila mendengar apa yang saya anggap sebagai “mesej daripada Tuhan” itu. Pada hari itu saya mempelajari yang apabila kita terlalu hampa hendak mengeluarkan diri kita sendiri daripada lembah negative, kita hanya perlu berdoa bagi berasa positif semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s