Hargai Setiap Detik

“Hargai setiap detik yang mendatang kerana ia mungkin menjadi detik terindah dalam hidupmu.” ~Robert Brault

Banyak perkara yang perlu saya lakukan pada hari itu. Kerja rumah kian terbengkalai. Rasanya sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke pasar raya. Patut pun stok makanan di rumah sudah hampir habis. Pakaian yang tidak dibasuh juga sudah tinggi menggunung. Keadaan rumah juga kotor. Tidak cukup dengan itu, saya perlu melunaskan dua artikel yang perlu dihantar segera. Saya perlu serius menghadap skrin computer bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.

Kebetulan, keempat-empat orang anak saya sedang bercuti sekolah. Mereka begitu teruja kerana dapat pulang ke rumah. Sudah berkali-kali mereka bertanya aktiviti apa yang akan mereka lakukan pada hari itu.

Anak-anak pasti berasa kecewa dengan apa yang bakal mereka lalui. Tiada aktiviti yang menggembirakan, tiada apa yang istimewa. Bahkan tiada apa yang bermakna yang dapat dilakukan semasa cuti sekolah.

Seperti biasa, selepas bangun tidur, mereka mahu menikmati semangkuk bijirin gandum sebagai sarapan. Malangnya kami kehabisan susu segar. Mereka pasti tidak mahu menjamah bijirin gandum tanpa susu. Telur dan roti juga sudah habis. Tiada apa yang tinggal sebagai sarapan. Saya menyelongkar peti sejuk dengan harapan supaya terjumpa sekotak wafel sejuk beku. Tiada hasil. Saya terus menyelongkar isi perut peti sejuk dan akhirnya menemui sekotak biskut mentega susu. Saya taburkan serbuk kayu manis dan gula di atas biskut-biskut itu sebelum membakarnya. Kemudian saya berikan kepada anak-anak.

Saya hanya dapat berikan pada anak-anak. “Maafkan mama kerana tidak dapat menyediakan sarapan yang enak pada pagi ini. Mama tidak sempat ke pasar raya membeli barang.” Mereka tidak memberikan sebarang reaksi. Apa tidaknya mereka terlalu leka menjamah biskut-biskut tadi.

Selesai sarapan, saya terus mencuci selonggok pakaian dan kemudian duduk di hadapan computer. Anak perempuan saya yang bongsu, Julia, meluru ke arah saya dengan muka masam mencuka sambil berkata,”Mama, saya ingatkan hari ini kita akan melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Bukankah hari ni cuti sekolah?”

“Sayang, mama tahu hari ini cuti sekolah. Tetapi tidak bermakna hari cuti untuk mama juga.” Saya member penjelasan. “Mama ada kerja yang perlu diselesaikan.”

Namun, anak perempuan saya terus merayu. “Mama, bolehkah mama bermain dengan saya? Kita main permainan Candy Land ataupun kedai kecantikan.”

Saya mengeluh. Manakan tidak, saya kesuntukan masa dan terdesak mahu menyiapkan kerja dengan segera. Tiba-tiba mendapat idea. “Apa kata kita bermain sambil mama menyiapkan kerja?”

Beberapa jam selepas itu, saya berjaya menyiapkan artikel yang ditugaskan. Pada masa yang sama, kuku jari kaki saya kelihatan cantik dan siap diwarnakan oleh Julia.

Anak sulung saya, Justin pula menawarkan diri menyediakan makanan tengah hari supaya saya dapat terus menulis.

Adik-adiknya teruja dengan hidangan yang disediakan. Walaupun pilihan makanan itu tidak begitu menyihatkan, namun mereka berempat gembira. Saya juga berjaya menyiapkan artikel dalam waktu yang ditetapkan.

Selesai makan tengahari, kami berkunjung ke pasar raya  berhampiran. Justin menolak troli manakala anak-anak yang lain memungut kupon dari mesin yang terdapat di pasar raya. Saya berjaya mendapatkan semua barang  yang diperlukan, di samping beberapa barang lain yang diambil oleh anak-anak saya.

Setibanya di rumah, anak-anak saya bercadang bermain ‘kedai runcit’ menggunakan kupon-kupon yang mereka ambil tadi. Mereka menyusun semua makanan dalam tin dan snek yang dibeli di kaunter dapur. Mereka kemudian berlakon membeli barang-barang runcit.

Pada sebelah petang, saya menyambung membersihkan rumah, melipat pakaian dan menyediakan makan malam. Anak-anak pula masih terus leka bermain tanpa menyedari suami saya, Eric pulang ke rumah.

Apabila terpandangkan saya,suami lantas tersenyum dan bertanya. “Jadi apa yang anak-anak kita lakukan pada hari cuti mereka?”

Saya menjelaskan kepada suami, tiada perkara yang istimewa yang kami lakukan memandangkan saya sibuk dengan tugasan. Tetapi, anak-anak saya mencelah.

“Ayah sudah lihat jari kuku mama? Mama membenarkan saya duduk di bawah meja dan mewarnakan kuku jari kakinya ketika menaip,” kata Julia. “Ia begitu menyeronokkan.”

“Ayah, sarapan kami pagi ini begitu istimewa.” Ujar Justin pula. “Adakah mama pernah sediakan biskut istimewa itu untuk ayah sebelum ini? Ia terlalu sedap ayah.”

Suami memandang saya dengan penuh tanda tanya. Ketika itu saya hanya mampu mengangkat bahu. Anak-anak saya yang lain, iaitu Jordan dan Lea menyampuk dengan memberitahu bapa mereka mengenai permainan kupon serta makan tengahari yang disediakan oleh abang mereka, Justin. “Kami gembira hari ini ayah. Hari ini hari yang hebat!”

Saya merenung setiap wajah anak-anak saya. Terpancar kegembiraan yang penuh keikhlasan. Lalu, saya tanyakan kepada mereka, “Betul kamu semua gembira hari ini? Kamu tidak berasa kecewa kerana kita tidak melakukan aktiviti yang hebat pada hari ini?”

Justin mengangkat bahu dan berkata, “Hidup ini menggembirakan sekiranya kita sendiri yang menggembirakannya, mama.”

Saya mengangguk dan menyedari kebenaran kata-kata Justin itu. Kebahagiaan berhubung kait dengan sikap kita kepada keadaan sekeliling.

Lantas, saya memeluk mereka dan mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan saya supaya mencari kebahagiaan dalam semua perkara, walau sekecil mana pun ia.

Julia tersenyum manja dan berkata, “Perkara yang menggembirakan mama adalah kami semua, bukan begitu mama?”

Saya kagum. Nampaknya anak-anak saya sudah matang pemikirannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s