Hand Cream

Tangan saya memang bermasalah sejak lepas sekolah. Kesilapan saya ialah menggunakan sabun mesin sebagai sabun tangan. Jadi kulit tangan saya kering dan makin menipis. Tapak tangan saya jadi kasar. Kadang-kadang rasa pedih. Sakit. Jadi saya ke farmasi untuk mencari lotion atau pun hand cream. Cari punya cari dan pelbagai produk saya cuba, akhirnya saya serasi dengan hand cream dari Norwegian formula ni. Dah hampir 12 tahun saya menggunakan produk ini. Dan saya suka. 

Baru-baru ni, tok saya juga mengalami masalah yang sama. Kulit tangannya mengelupas. Kering dan pedih. Sampaikan ada kulit yang koyak dan berdarah. Lebih teruk dari saya. Bila saya tanya, katanya mungkin silap guna sabun juga. Orang tua, biasalah bila basuh baju mesti nak rendam. Tak suka guna mesin basuh. Dah banyak doktor dia jumpa. Ada yang bagi ubat makan. Ada yang bagi ubat sapu, dan tak kurang juga suntik untuk mencepatkan proses. Duit berhabis banyak jangan kira. 

Akhirnya saya syorkan hand cream yang saya pakai. Dalam 2 minggu dah nampak perubahan. Positif. Saya syorkan padanya supaya pakai waktu nak tidur dan bila dah rehat-rehat tengok tv. Alhamdulillah dengan izin Allah, tangannya sembuh. Cuma jadi macam kecut sikit sebab kulit dah nipis. Mengelupas banyak kali. Sekarang ni, hand cream ni sentiasa berada dalam handbag dia. 

Dan saya pula, walaupun tapak tangan dah elok tapi kesannya kadang-kadang kasar. Mungkin juga sebab saya kalau buat kerja rumah, mencuci atau mengemas, bertukang sekali pun jarang menggunakan sarung tangan.  

*gambar ehsan en google.. malas nak capture walaupun berada di depan mata..

2 thoughts on “Hand Cream

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s