Cempedak goreng rangup

Dah tiga hari cempedak kat dapur tu terbiar. Masuk rumah je mesti bau. Lepas tu lupa nak goreng. Keluar. Masuk rumah balik bau lagi. Lupa lagi. Kejadian yang sama berlaku sampai tiga hari. Huhu. Sampai lah en hadi tanya bila nak goreng tuuu…

Okay nampaknya memang kena gorenglah. Saja lah nak letak resepi kat sini. Sebab surf cari resepi cempedak goreng yang sedap. Cempedak goreng pun nak cari resepi ke?? Of course. Nak yang terbaik okay.

Tapi macam biasa mesti ada derhaka sikit;

Bahan :
Buah cempedak

Tepung gandum (ikut pada cempedak yang nak digoreng)

Tepung beras
Tepung jagung
* kedua dua ni masuk jumlah yang sikit

Garam secubit rasa
Air panas (air sejuk pun ok)
Pewarna kuning (yang ni saya takde pewarna jadi saya letak kunyit sikit)

Cara :
1. Bancuh semua bahan dalam satu bekas.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan cempedak dalam bancuhan tepung.
4. Gaul bagi rata.
5. Letak dalam kuali. Goreng jangan sampai hangit. Agak agak dah kuning cantik tu angkat le.
6. Letak dalam tisu untuk serap minyak.
7. Boleh hidang makan dengan air panas.

Senang kan. Baru tahu ke. Yang ni memang rangup sebab tepung jagung bagi rangup. Tepung beras saya tak tau pula tp ramai yang letak saya letak juga. Hehe.

wpid-2013-01-11-19-51-06

2 thoughts on “Cempedak goreng rangup

  1. Kata goreng jangan sampai hangit,ni nape cam hangettt jee? Hehehehe …. Janganlah marah yaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s