[Review] : Urusan cinta belum selesai – Imaen

image

Baru dapat habiskan novel yang sangat best. Penulis favorite. Imaen. Jalan cerita yang menarik. Tertangguh tangguh pembacaan sekarang ni. Huhu..

Tentang Rauf dan gadis bernama Cinta. Rauf yang hanya ada kedai buku jatuh cinta pada cinta yang merupakan anak orang kaya. Kisah berkisarkan area Sungai Petani. Menarik.

Gaya penceritaan seperti biasa. Ada sinis. Ada lawak. Ada serius.

Sinopsis dari novel ;

Sudah lima hari Cinta ke Tanah Suci.

Dan Rauf (konon-kononnya) sudah berikrar tak mahu peduli lagi pada Cinta. Sebut nama Cinta pun dia tak mahu lagi. Apatah lagi mahu merasa Cinta itu juita hatinya. Lima hari ke, 50 hari ke, 500 hari ke, 5 000 hari ke, 50 000 hari ke, bukan ada kena-mengena dengan aku pun.

Betul ke begitu, Rauf… betul ke tak mahu peduli?
TAK… memang tak begitu. Dia memang rindu pada Cinta. Amat rindu. Sebelum ini, kalau dia rindu pada Cinta, dia akan buka Google Map. Kemudian taip alamat Cinta. Tak dapat tengok Cinta dapat tengok bumbung rumah Cinta samar-samar dalam Google Map pun cukuplah. Tapi kini dia tak berbuat begitu lagi. Dia lawan perasaannya itu. Lawan sungguh-sungguh macam HAMAS lawan Israel. Lawan sampai menang atau mati!

Payah sungguh melepaskan diri daripada Cinta!
Sebab…???
Rauf ini mencari makan seputar novel Melayu. Sedang perkataan ‘cinta’ mungkin antara perkataan yang paling banyak ada dalam banyak novel Melayu di Malaysia selepas perkataan ‘aku’, ‘kau’, ‘mu’, ‘pandang’, ‘renung’, ‘tenung’, ‘kata’, ‘tanya’ dan ‘senyum’.

Dan setiap kali dia menemui perkataan
‘cinta’ dia akan teringat pada Cinta.

Tak patut sungguh bapa Cinta dulu namakan anaknya Cinta. Hanya menyusahkan orang yang mencintai anaknya tapi cinta tak berbalas saja!

Saya bagi 4.7 bintang. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s