Kek Gula Hangus

Malam tadi, tiba-tiba dapat whatsapp mesej dari kawan. Cakap kek gula hangus dia tak jadi sebab lupa letak gula. Jadi dia suruh saya buat. Dah jam 9.30 malam kot. Kebetulan en hadi sibuk dengan perihal tayar pancit kena screwdriver, saya pun ke dapur siapkan apa yang patut. Dan urusan mem‘baking’ kek pun bermula. Di bawah ni saya kongsikan resepi yang kawan saya bagi.

Bahan ayak ;
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan ;
1 cawan gula putih
1 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat

Cara :
1. Masukkan gula ke dalam kuali. Cairkan sampai menjadi gula hangus. Kemudian masukkan air. Kacau perlahan bagi cair.
2. Sejukkan gula tadi.
3. Masukkan telur, minyak dan susu pekat ke dalam mixture. Pukul sampai kembang.
4. Masukkan gula hangus. Pukul lagi untuk 3 minit.
5. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder sedikit demi sedikit.
6. Kacau sebati.
7. Tuang dalam loyang dan bakar selama 45-60 minit dengan suhu 160 darjah celcius. 

* Kukus pun boleh. Tapi saya guna oven sahaja senang.. Tingg!! Bunyi dah tau siap… 

2013-02-06 08

Ini kek perasa gula hangus kot. Haha. Sebab kalau google kek gula hangus dia macam bersarang sikit. Tapi takpelah, belasah ajelah dah itu resepi yang diberi. Katanya itulah kek gula hangus. Apa pun, sedap hingga menjilat jari sebab tak manis sangat. Sedang-sedang elok aja..

2 thoughts on “Kek Gula Hangus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s