Sejarah

Semenjak kes pencerobohan di Lahad Datu, saya tak henti-henti membaca. Dari tidak tahu sejarah kepada tahu sejarah. Sejak dari sekolah, sejarah adalah subjek yang paling saya tak suka. Kenapa perlu kita menghafal perkara yang lepas-lepas. Sedangkan yang perlu kita tahu ialah kini. Tapi sejak saya mula bekerja di bidang perpustakaan, minda saya turut berubah. Alhamdulillah saya melihat kehidupan dari aspek berbeza. 

Bila terjadinya kes pencerobohan ni, saya memang mengikuti perkembangan. Saya menghabiskan masa dengan membaca berita di forum dan akhbar. Saya juga bertanya pada kawan-kawan yang suami, anak, keluarga terlibat dengan kes ini. Apa cerita sebenar. Kita tidak mampu berada di medan peperangan memerangi musuh, namun kita ada satu senjata yang sangat kuat. Doa. Lepas solat, jangan lupa selitkan doa untuk wira-wira negara yang berjuang mempertahankan keamanan negara. 

Sedikit sebanyak isu ini membuka mata semua pihak. Bersatu menentang musuh. Tak perlu kita menyalahkan sesama sendiri. Perkara dah jadi. Apa yang kita perlu buat, fix kan. Dan pastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi. Kenapa dari awal lagi kita tidak menghantar askar kita menentang musuh penceroboh? Kerana kalau kita hantar askar dari mula, bermakna kita setuju declare war dengan Filipina. Dan pihak Filipina boleh menghantar askar mereka untuk menentang kita. Jadi untuk mengelakkan peperangan, lebih baik kita declare pihak Kepulauan Sulu sebagai penceroboh. Senang untuk kita dakwa. Dan askar-askar kita back up. Menurut kata seorang yang saya kenali.

Insya Allah, jika dah tertulis Sabah milik Malaysia, ia tetap milik Malaysia. Berdoalah semoga kemenangan di pihak kita. Dan semoga semua wira-wira negara selamat.. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s