Eno Halia

ENO haliaSakit kepala yang teruk melanda. Punca asal demam. Berjangkit dengan orang sekeliling. Kemudian, kebah demam tapi datang pula batuk. Batuk yang tiada kahak. Jadi baiknya lambat. Bila malam aje, mulalah batuk. Ubat batuk dah makan. Tapi masih belum kurang batuknya. Air asam dah minum berbotol-botol, adalah sikit kurang. Kemudian mungkin tak jaga pemakanan, makan makanan berminyak, jadilah balik.

Spouse pun demam, maka, haruslah berjangkit. Suka atau tidak. Saya batuk sampai sakit kepala. Kebetulan cuaca yang panas sama menyumbang angin ke dalam urat. Dah bermacam ubat saya telan. Panadol actifast tak jalan. Panadol biasa yang putih tu tak jalan. Panadol yang biru tu ok sikit. Kurang tapi sekejap sahaja. Spouse dah picit kepala, keluar angin tapi masih ada yang tinggal. Sampai muntah-muntah saya dibuatnya.

Akhirnya ada satu kawan syorkan Eno Halia dekat saya. Katanya bagus untuk tendang angin. Saya pun cuba. Alhamdulillah dengan izin Allah, berkesan. Memang keluar habis semua angin-angin yang ada. Spouse balik, paksa dia minum juga. Apa lagi, berlawan lah kami keluarkan angin. Haha. Buruk perangai kan. Lebih baik angin keluar dari angin tersimpan di dalam badan.

Jadi saya syorkan pada sesiapa yang mempunyai masalah angin dalam badan, sila beli Eno Halia dan minum. Atau pun teh halia. Atau nak lagi kaw-kaw, tumbuk halia, letak air suam telan… Saya boleh telan pun sebab eno ni berbuih macam soluble…😛

2 thoughts on “Eno Halia

  1. oh, aku memang nak share petua untuk kurangkan kahak dan batuk degil. asyik ada masalah dengan internet so tak berjaya. amalkan minum air lemon panas dengan honey. jangan simpan honey tu dalam peti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s