[Review] : Takkan Berhenti Mencintaimu – Nass Alina Noah

takkan_berhenti

Sudah hampir sebulan novel ni terperap di atas meja. Tengok cover takde rasa nak baca. Huhu. tengok penulis, terkenal tapi entah kenapa masih belum rasa nak belek apatah lagi membaca. Tapi tak tau kenapa dua hari lepas terasa macam nak membaca. 

Bila dah baca 3-4 helai muka surat, ingat nak langkau-langkau macam biasa, tapi memang tak boleh langkau. Satu sebab nanti tak faham. Dua memang tak ada scene yang nak menyebabkan kita tak nak baca. Apa lagi, mulalah tak lekang buku di tangan. Novel ni buat saya tak langkau tu sebab kalau langkau saya tak tahu siapa yang menyebabkan Chaira/Cleopatra hilang ingatan. Dan siapakah sebenarnya suami Cleopatra itu. 

Sinopsis dari novel ;

Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu….

Jadi, pada siapa yang rasa nak baca tu, silalah baca. Saya bagi 3.5/5 ..  :p 

masterudeng82 : Novel ni kalau

3 thoughts on “[Review] : Takkan Berhenti Mencintaimu – Nass Alina Noah

  1. I guessed, sebab cover tak menarik. Sebagai designer, itu yang aku rasa. Honestly cover mcm xde kena ngena dengan tajuk pun. Something I wont pick up. Hehehe

    • Ye. Cover yang tak menarik. Tapi cerita best. Hehe. Just gudge the book by its cover. Cerita ni buat aku terfikir fikir dan nak tau ending cepat cepat plus dah lama tak berjiwang karat… Kui kui kui. Bila mau balik jumpa kamu ini…

      • Insya Allah, aku balik lagi 2 minggu, my dad birthday. Tak tau nak beli apa la kat dia. Along baru belikan dia handphone last November. Bagi duit je kot. Tapi macam tak meaningful.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s