[Review] : The Wedding Breaker – Evelyn Rose

Dengar judul macam novel Inggeris. Tapi sebenarnya bukan. Ini novel Melayu. Saya terpengaruh dengan novel ni bila saya baca review kata best. Saya lupa pula maksud best untuk lain orang lain feel dia. Ada yang best dengan genre romantik, ada yang best dengan genre thriller, best dengan genre penyiasat dan macam-macam lagi best

Jadi saya pun memulakan operasi membaca setelah membeli. Tapi tidak seperti yang di‘review’kan. Mungkin genre yang saya tidak suka. Ada orang kata, buang masa membaca novel. Lebih baik baca buku ilmiah. Pada pendapat peribadi saya, bacalah apa sahaja asalkan bahan bacaan itu memberi ilmu kepada kita.  

Buat penulis novel ini, saya hanya boleh bagi 2/5 bintang. Mungkin citarasa saya bukan di sini. Kalau ada yang ingin membeli saya jualkan  dengan harga RM18 termasuk posting. Buku masih dalam keadaan yang sangat baik. Percayalah. 

images

Sinopsis dari novel :

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar…” – Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana… Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s