[Review] : Gadisku, Wan Adnin – Noor Suraya

image

Gadisku, Wan Adnin. Hasil karya Kak Su. Sudah lama novel ini diterbitkan. Cuma saya baru saja menjadikan ia sebagai koleksi. Ambil masa dua minggu juga untuk habiskan. Walaupun nipis sahaja. Bukan apa, banyak kerja perlu diselesaikan. Lagipun hanya sebelum tidur saya sempat membaca. Itu pun tak berapa lama. Tau-tau saja dah pagi. Haru.

Okay, ini sinopsis novel Gadisku, Wan Adnin ;

cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar…

“Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?”
“Haniiii!”
“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung.
Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie.
Jahat!
“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’.
Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan.
“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah… takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin.
Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’.

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa… binasa, ikut hati… mati!

Saya tertarik cara Kak Su menerapkan sejarah dalam novel beliau. Secara tidak langsung menarik pembaca membaca dan mendapat pengetahuan tentang sejarah Kedah menghantar ufti kepada Siam. Saya bagi 4/5 bintang.. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s