Kepuasan diri atau ketenangan hati

Dalam kekalutan dan kesibukan atau lebih tepat lagi saya menyibukkan diri membantu, ada rupanya yang memerhati. Perkara ini berpunca dari satu benda yang saya beli. Dan saya tak sangka orang yang rapat dengan saya rupanya ada sedikit perasaan cemburu. Selama ni saya tak perasan. Tapi sejak kes itu baru saya perasan. 

Rupanya dia selalu membandingkan saya dengan dirinya. Dia sentiasa bercerita hebat depan saya. Kebaikan suami. Romantiknya suami. Bahagianya keluarga dengan sikap anak-anak penghibur hati. Dan demi Allah saya sedikit pun tidak terbit rasa cemburu atau ingin bersaing. Pada saya, itu rezeki yang Allah beri. Tapi hanya kerana satu perkara itu, semua yang saya lakukan dirasanya saya cuba menunjuk. 

Saya tak tahu apa yang perlu dicemburui oleh dia. Dia punya suami. Dia punya anak. Dia punya harta yang selalu digembar-gemburkan. Tapi saya?? Hanya ada suami dan rumah sewa. Belum punya rezeki untuk memiliki anak. Harta lagilah tiada. Jadi saya balik rumah dan bercerita pada en hadi. Kebetulan en hadi pun kenal. En hadi cakap perasaan cemburu wujud kerana jiwa kita kosong. Orang mungkin nampak ada segalanya tapi adakah dia bahagia. Mungkin apa yang dia inginkan sebenarnya dia tak dapat. 

Kebetulan pula masa kami tengah duduk minum dan bersembang dengan beberapa orang kawan, dia tanya apa pandangan seorang kawan kepada dia. Directly kawan tu jawab “ko seorang yang tak pernah puas..” Ok. Saya terkejut dengan jawapan itu tapi saya tak balas. Diam membisu. Tapi saya tahu apa yang kawan saya cakap. Kepuasan diri. Saya balik rumah, saya fikir. Semua cerita berkaitan saya kaitkan. Dan saya bersetuju dengan statement itu. 

Kepuasan diri. Tak boleh tengok orang lain lebih. Tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Begitulah apa yang saya nampak. Tapi saya pendamkan. Saya cuba buat dia berubah walau pun saya tahu saya juga banyak kekurangan. Saya cuba letakkan diri saya di tempat dia. Memahami situasi dia. Memahami cara dia berfikir. Memahami kehidupan yang dilalui. 

Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak di usia muda. Belum puas menikmati keseronokan hidup di luar dari keluarga. Akhirnya memikul tanggungjawab yang berat. Dia juga pernah luahkan pada saya, “Orang yang luaran kita nampak happy tu sebenarnya menanggung pelbagai masalah. Orang yang kita tengok ketawa dan ceria sebenarnya nak tutup kesedihan dan tekanan hidup yang dialami.” Saya tak pasti kenyataan itu disampaikan berkaitan dirinya sendiri atau apa. 

Ye saya mengaku ada setengah manusia begitu. Ada juga yang tidak. Apa pun berbaliklah kepada Yang Esa. Mohonlah ketenangan hati.  Itu yang penting. Kerana pada saya, bila hati sudah tenang, segalanya akan mudah. Kita akan menikmati hidup ini dengan pandangan yang berbeza dari orang lain. Kerana syaitan sangat suka duduk di hati. Membisikkan kata-kata jahat. 

Bukan mudah. Ye saya turut akui bukan mudah untuk melalui. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Sentiasa berfikiran positif. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Saya selalu sebut pada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengadu, kebahagiaan bukan apa yang kita nampak, tapi kebahagiaan adalah apa yang kita rasa. 

life* gambar ehsan en google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s