Air Kelapa

Batuk lagi. Hari tu baik kejap tapi ni jadi balik. Aduhai. Bukan merungut tapi keletihan bila batuk tidak berhenti. Sekali batuk lama sampai muntah. Jenis batuk tak ada kahak. Ubat batuk dah telan. Gula-gula woods pun dah telan. Batuk tak baik saya yang dapat kencing manis nanti. Huhu. Air asam dah sebotol habis ditelan. Tapi batuk masih berpanjangan. 

Petang semalam lepak dengan kawan-kawan di cashier market. Saya tak makan sebab saya tak suka akan kekotoran dan bau-bauan. Tapi untuk ambil hati mereka yang ada di situ, saya cuma order air. Tapi batuk saya masih ada. Bila kawan saya tengok batuk saya tak berhenti, dia syorkan saya minum air kelapa. Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya minum air kelapa. 

Balik rumah, malam saya batuk tapi tak teruk. Lepas telan ubat batuk saya lena tak sedar diri. Hari ni bangun kurang dah batuk. Alhamdulillah dengan izin Allah. En hadi cakap air kelapa adalah penawar. Tapi kalau kerap minum sakit urat lemah badan. Saya pun tak tahu nak syorkan ke atau tak tapi kalau nak minum jangan selalu lah.🙂

Saya kongsikan khasiat air kelapa yang saya ambil dari http://busuk.org/ping/view/52483

1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

images (1)

* gambar ehsan en google

One thought on “Air Kelapa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s