Tafsir Mimpi

dream_web

*gambar ehsan en google

Sudah 2 minggu saya bermimpi pelik. Yang pertama pada minggu lepas. Saya bermimpi rumah dimasuki perompak dan merompak hampir kesemua barang saya. Barang yang dia rasakan mahal dicuri. Dalam mimpi tu saya terdengar bunyi main switch ditutup. Kemudian gelap gelita. Lampu tidur yang saya pasang pun padam. Saya tak fikir apa. Mungkin elektrik tak ada. Saya dengar ada bunyi di luar rumah tapi saya tak keluar tengok sebab dah hampir pagi rasanya. Saya teruskan tidur. Kemudian bila saya bangun pagi, saya keluar dari bilik tidur saya lihat pintu rumah terbuka. Saya terkejut. Saya ke dapur dan ke ruang tamu. Kemudian saya masuk bilik dan baring dengan harapan saya bermimpi. Saya kembali tidur dan berdoa itu cumalah mimpi. Kemudian saya bangun balik. Saya keluar bilik. Keadaan yang sama tidak berubah. Saya masuk bilik kembali sambil menangis. Rumah saya memang dimasuki pencuri. Hampir kosong rumah saya. 

Tidak lama kemudian, saya terjaga. Tapi saya ketakutan nak keluar dari bilik. Saya gagahkan diri. Bila buka pintu, alhamdulillah rumah saya seperti sedia kala. Saya bersyukur semua hanya mimpi. 

Mimpi kedua baru semalam. Saya tidur. Tiba-tiba saya ternampak seekor ular warna kuning. Ular tak besar. Sedang-sedang aja. Ular tersebut menghampiri saya dan menggigit tumit kaki saya. Sepenuhnya dalam mulut. Adik-adik saya cuba membantu tapi tak mampu. Saya rasa pitam dan seperti di awang-awangan. Kemudian saya rasa gelap gelita. Saya tersedar bila en hadi bangun nak ke tandas. Dan saya rasa tempat yang kena gigit ular tu kebas. Saya tak pasti apa yang ingin disampaikan dalam mimpi tapi saya pelik. Bila cerita pada en hadi dia suruh saya ludah kiri dan istighfar sambil doa supaya benda buruk tak berlaku. 

Saya cuba juga surf di internet tafsir mimpi saya. Tapi saya tak pasti betul atau tidak. Kalau sesiapa yang tahu boleh reply dekat entry ni ye.. 

2 thoughts on “Tafsir Mimpi

  1. Mak saya ada mimpi rumah kena masuk penjahat juga . 3 kali dalam satu malam tu 😭😭😭 saya takut sangat 😭

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s