[Review] : Dari Tanjung Malim Ke KLCC

photo

Sinopsis belakang buku ; 

” Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tanjung Malim ke KLCC, aku dah menghabiskan 227 hari semata-mata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan, yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan, ”

Boleh panggil novel ke? Tak tebal sangat cuma 197 muka surat. Jalan cerita memang BEST. Bahasa agak simple tak berbunga macam novel cinta sebab ni bukan novel cinta. Saya dapat tahu novel ni dari mana saya pun dah tak ingat. Rasanya blog-walking. Tiba-tiba terjumpa review tentang novel ni. Sinopsis pun macam jadi tanda tanya.

Terus cari penulis punya blog. Dan terus beli online. Dari sini. Memang banyak halangan untuk saya dapatkan buku ni. Mulanya orang yang uruskan pembelian secara online ke USA. Tunggu dua minggu. Senyap. Saya message FB Dubook Ent. Selang tiga ke empat hari baru ada jawapan. Senyap lagi. Akhirnya saya terpaksa bagi kata dua lah. Nak hantar buku atau nak pulangkan duit saya. Minta maaf pihak Dubook sebab saya tak suka ada pelbagai alasan bila saya beli secara online. Sebab duit saya dah bayar.  Walaupun rm26 sahaja yang saya keluarkan tapi masih nilai duit. 

Akhirnya dekat seminggu baru sampai buku yang saya tunggu.  Apa lagi, terus lah saya baca. Baru baca serba sedikit tentang penulis saya dah gelak. Kalau tengok kulit buku dan kertas cetak, mesti orang ingat macam buku-buku cina lama. Tapi saya suka. Santai dan boleh hilangkan stress. Sekali-sekala bacaan ringan macam ni memang menarik. Lawak okay!

Saya bagi 4.5 bintang. Lagi 0.5 sebab ada perkataan yang kotor dan kasar. 

2 thoughts on “[Review] : Dari Tanjung Malim Ke KLCC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s