Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi. Ia memastikan tubuh kita bersih daripada sebarang toksin. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza dalam tubuh badan kita. Ia turut menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah. Memandangkan fungsinya yang penting ini maka ia organ yang perlu dijaga. Jadikan perkara di bawah ini sebagai rutin anda untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Mengatur pola makan
> Pilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran terutama sayuran organik serta jauhi makanan olahan. Paling penting kurangkan pengambilan garam berlebihan serta ambil banyak ikan ataupun daging putih tanpa lemak.

Jaga pencernaan
> Menjaga pencernaan adalah langkah yang disarankan. Ini dapat dilakukan dengan menambah pengambilan makanan probiotik dan prebiotik serta makanan yang memiliki serat yang cukup tinggi.

Jauhi kebiasaan negatif
> Jauhi kebiasaan merokok mahupun minum minuman beralkohol. Ini kerana kandungan nikotin dalam rokok mengganggu fungsi ginjal manakala alkohol boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam tubuh.

Minum air putih
> Minumlah air putih dengan keperluan tubuh, sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Ini amat baik untuk menjaga dan merawat kesihatan buah pinggang anda.

Olahraga rutin
> Rajin berolahraga merupakan tip mudah menjaga kesihatan buah pinggang. Anda boleh melakukan aktiviti mudah seperti berjalan kaki atau berlari setiap hari.

Elakkan ubat-ubatan
> Usahakan agar tidak mengambil ubat-ubatan, ubat penahan sakit atau pun antibiotik selagi mampu. Ini kerana antara sebab masalah buah pinggang adalah ubat-ubatan ini. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

images

* gambar ehsan en google

* Sumber Mingguan Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s