Undang-undang

Ada seorang lelaki berbangsa Cina. Datang ke perpustakaan saya untuk surfing. Guna laptop sendiri. Takde masalah. Memang untuk orang awam. Gunalah sampai lebam kata orang.

Hari-hari dia datang. Tapi perangai menjengkelkan.

****************************************************

1. User : Sini tak ada suratkhabar The Star ke?
Saya : Takde. Kita hanya ada NST dan BH. Kalau sir nak baca The Star boleh ke perpustakaan awam.
User : You langgan lah The Star.
Saya : Kami dapat arahan langgan dua paper ni saja.
User : Suruh lah boss you tukar.

*****************************************************

2. User : Internet lembab lah!!!
Saya : You boleh guna yang open wifi kalau private wifi slow.
User : Dua-dua pun lembab!!
Saya : Okay, ada masalah dengan line saya rasa.
User : Cepatlah fix kan. Restart balik modem.
Saya : Saya dah buat tapi masih sama. Jadi ini masalah line.
User : Saya nak surf kerja pun susah sebab internet sangat lembab!

******************************************************

3. Pembantu : Kak, user tadi makan kek dalam library. Dia buang bekas kek.
Saya : Oh ye ke. Nape tak tegur.
Pembantu : Saya pun tak perasan.
Saya : Okay. Nanti akak tegur.

10 minit kemudian ;

Saya : Sir, you makan dalam library?
User : *tersengih-sengih.
Saya : Kita tak benarkan user makan dalam library.
User : Saya tak tau.

~~~~~~~

User : Dia pun selalu makan dalam library. (Sambil tunjuk ke arah pembantu saya)
Saya : Kita staff dibenarkan makan dalam library bila orang takde sebab tak kan kita nak keluar makan di luar. Lagi pun kan dah ada sign tak boleh makan, call dalam library.
User : *muka tak puas hati
Saya : Sorry sir. Tapi undang-undang kena ikut.

Ye. Kami pun makan dalam library. Waktu pagi sebelum orang datang. Dan waktu tengahari bila orang tiada. Waktu perkhidmatan jam 9.00 pagi tapi ada user datang jam 8.30 pagi. Memang nampak kami makan sebab bukan waktu perkhidmatan. Tak kan tak bagi user masuk bila dah buka. Lagi pun user bukan faham. Main masuk aje. Nak halau? Kejam sangat.

Waktu rehat, ada yang tak balik. Perpustakaan tak tutup. Jadi waktu bila nak makan. Jadi tolonglah jangan pertikaikan undang-undang yang dibuat di mana-mana premis atau tempat. Kita kenalah ikut. Udang-undang dibuat mesti bersebab. Latih diri kita untuk mengikut undang-undang supaya berdisiplin. Bukannya undang-undang mengikut kita.

images (8)

* gambar ehsan en google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s