Teduhan Kasih

images (9)*gambar ehsan en google

Selesai sudah drama Melayu di TV3. Drama yang menjadi bualan orang dan setiap orang akan menunggu jam 7 untuk menonton. Tak kisah lah kat mana masa tu. Mesti layan habis. Sanggup cancel date atau lepak semata-mata nak tengok reaksi kak long, ifah, mak tiri ifah dan ayu. Atau pun nak layan macho Ehsan. Tu diaaa….

Saya pada mulanya tak tau ada drama Teduhan Kasih ni. Jadi saya kurang tengok. Lagi-lagi jam 7 dan cerita Melayu. Mungkin saya tipikal Melayu yang tak suka drama Melayu. Saya cuma layan pada mulanya hanya kerana pelakon Adi Putra. Sememangnya pelakon kegemaran saya. Tapi disebabkan semua orang asyik bercerita benda yang sama, saya layankan juga. Tapi secara online.

Terus terang saya cakap saya tak berminat dengan genre cerita Melayu macam ni. Walaupun cerita ni merupakan realiti kehidupan kebanyakan masyarakat Melayu. Namun saya layan juga sebab nanti ada lah topik nak bersembang. Dan saya suka bila tengok Adi Putra berlakon. Huhu.

Ada kebaikan dan keburukan cerita macam ni. Kebaikan ialah kita belajar supaya tak dengki dengan orang. Itu sikap yang buruk. Keburukan ialah watak yang dilakonkan oleh kak long dan maknya. Anak yang suka menjawab, mak yang bersikap tak baik. Itu semua walaupun untuk menjadi pengajaran tapi ia juga secara tak langsung membuatkan anak-anak terikut.

Walau apa pun itu hanyalah sebuah drama aaptasi dari sebuah novel Teduhan Kasih dan ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s