Paip Air Rosak…

Petang macam biasa. Nak berbuka. Kalut masak le. Tapi yang tak syok tu air paip dekat sinki saya kecil. Mungkin tersumbat. Jadi bila en hadi balik saya teruslah suruh dia betulkan. Dia pun sebenarnya tak tahu tapi cuba ajelah. Manalah tahu bakat tersimpan. Hmm…

Sementara en hadi dok godek-godek paip tu saya teruskan persiapan berbuka. Sekali air memancut tinggi terus ke siling. Ah sudahhhh! Nak tutup tak boleh. Dah loose.

En hadi : Tutup meter air. Cepattt.

Kelam kabut saya tutup meter air. Dah tutup tapi meter bergerak lagi. Alahai kenapa pulak ni. Masuk dalam rumah masih ada air memancut. Lantai dapur dah basah. Jap. Rileks. Tenangkan fikiran. Fikir apa nak buat.

En hadi dah bengang terus call plumber. Mujurlah plumber free. Boleh datang tapi lepas berbuka. Hmm, tengok jam lagi 5 minit waktu berbuka. Cuma masalah sekarang air macam mana nak kasi turun. Haha. Berfikir sejenak. En hadi nampak getah paip dalam bilik mandi, terus buka dan sambungkan ke paip air yang dah disambung balik batangnya. 

Tunggu ajelah plumber datang sementara air dah disalurkan ke bilik mandi. Lega sekejap. Plumber datang tukar washer meter air luar yang dah rosak. Dan ganti paip air sinki yang baru. Fuhh lega. Tapi letihh la juga mengemas dapur yang kebasahan.

En hadi : Hari tu gaduh air kecil, slow. Ni ha ambil dia bagi air besar. Laju pulak tu.
Saya : Tapi air di bilik mandi pula yang slow. Macam mana???

En hadi tengok saya. Ahhh… itu esok lusa difikirkan..

100_2078

* gambar ehsan en google

* paip tu macam dalam gambar ni. Bayangkan air memancut dari pangkal tempat buka..

One thought on “Paip Air Rosak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s