Al-Quran Digital Readpen

Mengaji! Dah lama saya mencari tok guru untuk kembali mengaji. Untuk membetulkan dan menegur tajwid saya. Alhamdulillah saya cuma mampu khatam Al-Quran sebanyak dua kali sahaja. Sekali di sekolah menengah dan sekali di UIA. Bila masuk alam kerja, masa terhad dan tak mampu nak khatam. Baca pun seminggu dua tiga kali sahaja. Saya beli Al-Quran yang berwarna pada ayatnya. Untuk memudahkan saya menebalkan huruf, memanjangkan harkat mengikut warna dan dengung pada huruf yang sepatutnya. Itu pun tak mampu habis satu juzuk. Inilah pengakuan ikhlas saya. Hehe.

Dua minggu lepas, office hour, datang wakil dari Majlis Agama Islam Perak. Menjual Al-Quran Digital Readpen. Dia bagi penerangan. Akhirnya terbuka hati untuk membeli. Dua kali bayar katanya. RM350. Mahal ke? Ada yang kata mahal. Pada saya, ianya berbaloi. Kalau saya boleh beli beg, baju, kasut dengan harga yang mahal, kenapa saya tidak boleh beli Al-Quran dengan harga yang mahal juga. Sedangkan ia yang akan memberi cahaya pada saya di dalam kubur nanti.

Al-Quran digital ni memang berbaloi. Seolah-olah saya belajar dengan seorang guru. Saya on readpen dulu. Cari qari atau imam yang saya rasa saya boleh ikut bacaannya. Abdullah Basfar. Kemudian letak pen pada ayat Al-Quran dan imam/qari tu akan baca. Kemudian saya akan ikut kembali cara bacaannya. Alhamdulillah. Kalau saya stuck pada satu-satu ayat, saya akan letak pen pada word by word Abdullah dan saya akan betulkan balik. Begitulah yang saya amalkan setiap kali saya mengaji. Dan saya berpuas hati.

pq15-pic1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s