Tampon

Sudah dua bulan saya menggunakan tampon bila period. Apa yang boleh saya simpulkan ialah menyenangkan dan saya selesa.

Kelebihan tampon ialah ia tidak mengganggu bila saya ke tandas. Kalau pakai pad biasa kita akan rasa tak selesa lepas ke tandas. Dan kena tukar setiap kali ke tandas. Juga pada malam hari kena pakai yang overnight takut bocor. Tapi masih juga bocor bila tidur bermacam gaya. Bila guna tampon ni memang tak bocor sebab dia serap dari dalam. Kalau bocor pun mungkin terlalu berat.

Mulanya saya tak berani tapi bila dah cuba saya selesa. Tapi kena pakai panty liner sebab kalau time heavy tu takut bocor. Selalunya kalau heavy saya akan tukar 4 jam sekali. Untuk malam pulak saya akan pakai sebelum tidur. Semestinya tidak lebih dari 8 jam.

Cara pakai mudah je. Saya guna yang ada applicator. Buang plastik tampon. Kemudian masukkan tampon ke dalam. Tolak sampai habis dan kemudian tarik keluar sarung tampon tu. Pada yang baru nak mencuba semestinya ada perasaan risau nak masukkan lagi-lagi ke bahagian bawah tu kan. Kalau betul caranya tak akan sakit. 

Ada yang cakap kalau belum kahwin tak boleh pakai tampon ni sebab nanti akan terkoyak dara. Masing-masing punya persepsi. Pada saya, dara hanyalah selaput yang sangat nipis dan boleh pecah apabila aktif sebagai contoh berbasikal, bersukan, dll. Ada juga yang dilahirkan tiada selaput dara tapi masih dara. Jadi pada saya dara itu ialah mereka yang belum pernah membuat hubungan seks.

Ada juga yang mengatakan bahawa menggunakan tampon senang dijangkiti TSS = Toxic Shock Syndrome. Maksudnya kalau kita biar lama tampon di dalam boleh dijangkiti kuman dan boleh membawa serius. Tampon sama juga dengan pad. Perlu ditukar 4 jam sekali. Kebersihan tetap perlu dijaga. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke sini..

* gambar ehsan en google

One thought on “Tampon

  1. sama juga apply tampon sama mcm cik masterudeng… selesa… cuma kena back up dgn pantyliner…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s