Inner Shine Prune

Kulit muka berjerawat? Hmm sejak dari sekolah menengah saya tak pernah lari dari masalah kulit muka. Jerawat naik macam apa. Mungkin hormon tak stabil. Jenuh mak saya belikan pencuci muka yang sesuai dengan saya. Sampai bawa ke pharmacist. Beli pencuci bermacam harga dan jenama. Namun hasil tidak memuaskan. Bedak sejuk pakai juga tapi tak konsisten. Masa tu fikiran remaja. Apa class pakai bedak sejuk. Rasain akibatnya.

Masa sambung belajar pun masih ada masalah jerawat. Muka saya banyak jerawat pasir. Whitehead dan jeragat juga. Bila nak period jerawat batu akan memunculkan diri. Haih dah le period, tension dengan jerawat pula. Tapi apa boleh buat. Makin dilayan makin menjadi. Saya biarkan saja.

Bila dah kerja, ada kurang sikit. Ada duit lebih rajin lah buat facial treatment. Itu yang terjaga sikit. Bila dah kahwin, dah makin kurang. Tapi jerawat pasir masih tak berubah. Terutama di bahagian dahi. Jerawat batu kalau muncul di bahagian dagu.

Masalah berterusan sampailah satu hari, saya dan kawan singgah di Watsons. Itu pun sebab kawan saya nak cari krim untuk bawah mata yang kering. Mengakibatkan kedut. Tapi saya terpandang Inner Shine Prune. Saya belek-belek. Teringin nak mencuba. Hmm, kebetulan kawan saya tu pernah makan sekali. Dia pun turut offer. Jadi kami beli sekotak rm53.00 ada 12 botol kesemuanya. Bahagi dua.

Esoknya saya surf kebaikan Inner Shine. Di blog, di forum. Kebanyakan saya baca semua kesan positif. Saya jadi bersemangat untuk mencuba. Balik sebelum tidur, saya akan minum sebotol. Esok pagi saya akan ke tandas. Lawas juga sangat baik. Katanya bila toksin dah keluar dari badan, itu yang menyebabkan jerawat kurang. Ini apa yang saya baca. Saya minum 2 botol dan saya nampak ada kesan pada kulit wajah saya. Lembab.

Saya kemudian ke Watsons sekali lagi dan beli sekotak lagi. Saya cukupkan 12 botol untuk diminum setiap hari. Pembuangan lawas juga cantik. Hari-hari mesti buang toksin. Kulit muka makin hari makin elok. Jerawat juga makin kurang. Ada perubahan. Jeragat juga makin pudar. Glowing atau tak saya tak pasti. Kena ada orang tegur. Setakat ni en hadi cuma cakap jerawat dah banyak takde, muka dah makin elok.

Sebelum saya makan Inner Shine Prune, saya letak bedak sejuk dekat kawasan jerawat yang membiak dengan jayanya. Ada kurang. Cuma kulit saya agak kering. Bila makan Inner Shine, kulit lembab. Saya masih letak bedak sejuk tok saya buat di muka bila perlu.

Cubalah Inner Shine Prune untuk kulit yang cantik. Inner Shine Berry untuk mata yang bersinar. Saya selesaikan muka dulu. Kemudian baru cuba Berry pula. Sekotak 6 botol RM26.90 di Watsons. Boleh makan seminggu sekali juga. Terpulang pada diri sendiri nak yang macam mana. Untuk saya, selepas apa yang berlaku, saya mula menjaga diri sendiri. Bila kita sayang diri kita, baru kita akan sayang orang lain dengan baik. *tiba-tiba

Untuk maklumat lanjut boleh tengok SINI

339693_15_08_12

*gambar ehsan en google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s