Fakta mengenai Susu

susu

* gambar ehsan en google

Sambil baca paper, ternampak maklumat penting ni. Saya memang suka dengan apa saja produk berasaskan susu. Tiap malam mesti minum segelas susu. Macam budak kecil kan. Tapi inilah hakikat. Susu mengikut peringkat umur. Hehe. Sekarang ni susu Anlene dan Omega menjadi keutamaan. Mengikut kepentingan sistem badan. Huhu.

Di sini saya kongsikan fakta mengenai susu ;

Kalsium
Untuk pembentukan tulang dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang kuat. Membantu mengurangkan tekanan darah. Penting untuk otot biasa dan fungsi saraf. Susu dan produk tenusu adalah sumber paling mudah mendapatkan kalsium.

Protein
Protein tenusu amat berkualiti tinggi menyediakan semua asid amino yang penting untuk kesihatan yang baik. Menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran tubuh. Lebih kenyang dan boleh membantu dalam pengurusan berat badan. Penting untuk imuniti. Meningkatkan pembangunan otot dan kekuatan serta perlu untuk membaiki tisu.

Fosforus
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Memainkan peranan penting dalam sel darah, saraf dan enzim. Bertindak balas dengan vitamin B untuk melepaskan tenaga daripada makanan.

Kalium
Penting dalam sistem saraf, membantu dengan mengawal tekanan darah dan penghasilan enzim.

Magnesium
Membantu penyerapan kalsium dan mengekalkan bahagian penting dalam struktur mineral tulang dan gigi. Penting untuk pemindahan tenaga di seluruh badan. Magnesium untuk semua sel di dalam badan.

Zink
Membantu pertumbuhan dan pembangunan keseluruhan, penting untuk penyembuhan luka dan mengekalkan sistem imun yang sihat.

Vitamin B
Membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Penting untuk mata yang sihat dan kulit. Membebaskan tenaga daripada makanan untuk mengekalkan aktiviti harian.

Vitamin A
Mengekalkan kulit yang sihat dan penting untuk fungsi penglihatan dan imunisasi yang betul.

*Sumber Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s